Siakap Keli

“Kamu Patut Mati, Tak Layak Hidup Sini,” Kanak-Kanak 10 Tahun Nekad Bunuh Diri Selepas Pembuli Hantar Nota Tragik

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bertindak membunuh diri selepas pembuli di sekolahnya memberi nota, “Kamu patut mati.  Kamu tak layak berada di sini.”

Ibu kepada mangsa meletakkan punca kematian anaknya terhadap pembuli yang membuatkan hidup anaknya tidak aman.

“Dia dah penat.  Dia dah penat dan rasa dia patut menyendiri,” kata ibunya.

Menurut laporan, ibunya telah dimaklumkan akan kecederaan anak akibat ditumbuk oleh pembuli dan dia tidak membalas balik.

“Mereka tulis dalam tablet dia, “Kamu patut mati, kamu tak layak ada dekat sini.”

“Beberapa bulan lalu, dia balik ke rumah menangis kerana tidak melawan dalam pergaduhan yang melibatkan dirinya dan salah seorang budak lelaki yang memukulnya ketika waktu rehat.”

Sebelum mangsa membunuh diri, pihak sekolah ada menelefon ibunya, memberitahu bahawa dia telah ditumbuh oleh seorang budak lelaki, walau bagaimanapun, suspek menafikannya.

Kecewa dengan apa yang terjadi, ibu mangsa menggesa ibu bapa untuk memberi amaran kepada pembuli di sekolah.

“Saya sangat sedih dan nak tahu sangat apakah jawapan kepada soalan ini.  Apa yang dah jadi pada dia? Apa yang dia fikirkan pada hari dia membunuh diri.”

Sumber: Metro

Nur Farra