Siakap Keli
Gambar: AsiaWire

Lelaki Terpaksa Tunjuk Kemaluan Untuk Buktikan Dia Bukan Penyebab Kematian Isterinya

Seorang lelaki terpaksa menunjukkan kemaluannya kepada pihak polis untuk membuktikan bahawa kematian isterinya bukan berpunca daripadanya.

Lelaki yang berasal dari Indonesia itu telah disoal siasat dengan cara yang agak pelik kerana dia disyaki telah menyebabkan kematian isterinya yang berumur 23 tahun.

Bapa mertua lelaki itu mendakwa bahawa anak perempuannya itu mati ketika mereka sedang melakukan hubungan seks oleh kerana saiz kemaluan menantunya itu terlalu besar.

Polis Indonesia seterusnya meminta kerjasama daripada lelaki itu untuk menunjukkan  kemaluannya kepada ahli keluarganya, keluarga isterinya serta beberapa orang kampung.

Selepas daripada insiden itu, kesemua yang telah menyaksikan kemaluan lelaki itu mengakui bahawa saiz kemaluannya adalah normal.

Isteri kepada lelaki itu ditemui mati terbaring di atas katil rumahnya di Maron Kidul yang terletak di Wilayah Jawa Timur.

Isterinya itu sebenarnya didapati mengalami epilepsi atau lebih dikenali sebagai sawan babi pada waktu malam semasa kejadian. Namun, bapanya terdengar khabar angin yang dinyatakan oleh jiran bahawa menantunya itu telah membunuh anaknya ketika mereka melakukan hubungan seks.

“Selepas saya memeriksa sendiri kemaluan lelaki yang dikatakan terlalu besar itu, saya mendapati bahawa ianya tidak benar kerana lelaki itu memiliki saiz kemaluan yang normal”, ujar ketua polis tempatan yang menyiasat kes itu.

“Selepas mendapati bahawa lelaki itu mempunyai saiz kemaluan yang normal, bapa kepada isterinya itu terus menggugurkan laporan polis yang dibuatnya dan meminta maaf kepada sesama mereka.”

Bapa mertuanya itu akhirnya akur bahawa anaknya itu mati disebabkan epilepsi yang dihidapinya semenjak anaknya itu berumur 14 tahun lagi.

Sumber: Metro.UK

Aqmal Ezany

I write what is right