Siakap Keli

“Kenapa Saya Maafkan Pengganas Bunuh Isteri Saya Itu? Sebab Saya Ada Iman,” – Ucapan Mangsa Di Depan 20 Ribu Hadirin

Farid Ahmed, antara yang terselamat dalam tragedi berdarah serangan pengganas pada 15 Mac lalu di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Walau bagaimanapun, dalam insiden itu, isterinya telah terkorban ketika ingin melarikan diri daripada lelaki bersenjata.

Dia yang terselamat memberitahu media tempatan bahawa dia tidak akan membenci lelaki yang telah membunuh isterinya.

Farid Ahmed berada di dalam Masjid Al Noor ketika pengganas itu memulakan tembakan rambang.  Dia yang menggunakan kerusi roda dan tidak boleh bergerak bersyukur kerana terselamat daripada serangan.

“Orang tanya saya, kenapa saya boleh maafkan mereka yang dah bunuh isteri kesayangan saya? Jawapan saya, saya ada iman, saya percaya pada Allah dan Allah pernah berkata, kalau kita maafkan satu sama lain, Dia akan sayang saya, sayang kita semua.”

“Saya tak boleh nak nafikan hakikat dia adalah adik saya, setiap manusia di muka bumi ini adalah abang dan adik saya.”

“Inilah iman saya, dan inilah yang diajar oleh Allah, saya tak benci kepadanya dan saya tidak boleh membencinya.”

“Saya taknak ada hati yang membuak-buak seperti gunung berapi.  Tiada langsung rasa aman.  Ia akan membakar dalam diri dan sekelilingnya.”

“Saya mahukan hati yang penuh dengan kasih sayang dan rasa cinta.”

“Saya pilih keamanan, saya pilih cinta dan saya sudah memaafkan dia.”

Farid antara yang dijemput menghadiri upacara memperingati mangsa Christchurch untuk memberi ucapan.

 

Sumber: Newshub NZ, Stuff NZ

Nur Farra