Siakap Keli

”Tiket Pergi Ada, Tiket Kembali Mungkin Tiada,” Heliza Helmi Cerita Pengalaman Diacu Senapang Bawah Dagu Di Syria

Hanya yang memiliki ketahanan mental dan semangat yang kuat dapat menyertai misi kemanusiaan ke negara bergolak seperti di Syria. Nyawa umpama berada di hujung tanduk kerana bila-bila masa sahaja senapang diacukan ke kepala.

Pengalaman itu dilalui sendiri oleh penyanyi dan pengacara Nur Heliza Helmi ketika berkongsi pengalamannya sebagai sukarelawan misi kemanusiaan dalam satu program bual bicara di sebuah televisyen baru-baru ini.

Menurut Heliza, misi kemanusiaan yang disertai tidak menjanjikan kepulangan. Berdepan dengan pelbagai pengalaman cemas, mereka harus bersedia dengan segala kemungkinan yang terjadi.

”Bila membantu orang lain kita akan rasa lebih bahagia bila melihat orang lain bahagia.

”Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami akan berhadapan nyawa di hujung tanduk.

”Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat untuk kami.

”Siapa lelaki ini, mereka ialah pejuang agama Allah, mujahiddin yang mempertahankan tanah Islam, kami selamatkan diri keluar beberapa minit kemudian tempat yang baru kami lalui itu dibom,” katanya.

 

Ketika berada di Syria, kata Heliza tiada apa yang diimpikannya selain syahid. Malah, dia sendiri pernah berhadapan dengan pengalaman diacu oleh senapang di bawah dagu ketika berada di negara berkenaan.

”Saya  berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,” ujarnya.

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan syahid malah sebenarnya saya pernah berhadapan dengan senapang yang berada di bawah dagu.

 

Sumber : Instagram nurhelizahelmi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.