Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Ole Gunnar Solksjaer Sah Jadi Pengurus Tetap Manchester United Sehingga 2022

Selepas sebulan terpalit dengan spekulasi, pengurus sementara buat pasukan Manchester United Ole Gunnar Solksjaer akhirnya dilantik menjadi pengurus tetap yang menyaksikan beliau bakal menerajui pasukan yang berpangkalan di Old Trafford itu sehingga 2022.

“Semenjak hari pertama lagi saya menjejakkan kaki saya ke sini, saya sudah berasa seperti di rumah,” ujar Solksjaer.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua jurulatih, pemain, dan staf yang terlibat atas usaha yang dilakukan pada pasukan ini.

“Ini adalah kerja yang saya selalu impikan dan saya sangat-sangat teruja kerana berpeluang untuk mengelola pasukan ini dalam jangka masa yang panjang serta saya berharap agar saya dapat menerajui pasukan ini ke arah kejayaan yang diimpikan oleh peminat-peminat pasukan ini.”

Pengurus yang berusia 46 tahun itu ditugaskan untuk membaiki prestasi pasukan itu yang agak terumbang-ambing ketika dibawah pengurusan Jose Mourinho yang telah dipecat pada Disember lalu.

Semenjak menerajui pengurusan pasukan itu, beliau telah berjaya mencatat 14 kemenangan daripada 19 perlawanan untuk musim ini. Beliau juga telah berjaya menghidupkan kembali semangat para pemain serta peminat-peminat pasukan Manchester United itu.

Sentuhan Solksjaer dalam menyusun strategi untuk pasukan itu telah menyaksikan bahawa pasukan itu telah mendaki ke tempat kelima dalam liga, hanya ketinggalan dua mata sahaja untuk layak ke liga juara-juara eropah.

Beberapa pemain skuad utamanya seperti Paul Pogba telah memuji Solksjaer kerana dia berjaya mengembalikan keyakinan serta kekurangan kebebasan ketika bermain yang amat diperlukan ketika di bawah pengurus sebelumnya.

“Saya mahu berterima kasih kepada Ole dan kesemua tenaga jurulatih untuk segala usaha yang telah dilakukan mereka sehingga ke hari ini dan saya mahu mengucapkan tahniah kepadanya di atas lantikan yang berhak diperolehinya,” jelas Pogba.

Solksjaer telah menjaringkan 126 gol dalam 366 perlawanan semasa zaman kegemilangannya ketika menyarung jersi pasukan itu di antara 1996 sehingga 2007.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

suka menulis, tak suka membaca

Editor: Mohd Firdaus

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di