Siakap Keli
Gambar Kredit Facebook Jean Paul Lardinois

“Kamu Mempunyai Pulau Hebat Seperti Syurga, Tapi” Lelaki Mat Saleh Kecewa Sikap Pengunjung LIMA Buang Sampah

Ruang udara Langkawi baru-baru ini dimeriahkan dengan jet pejuang yang dapat didengari seluruh pulau bersempena Pameran Maritim dan Aeoroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Sejak diperkenal pada tahun 1991, LIMA sentiasa mendapat perhatian pelancong luar negara dan tak ketinggalan masyarakat tempatan.

Rata-rata datang ingin menyaksikan kehebatan aksi pesawat sekurang-kurangnya 40 buah dari pelbagai negara.

Walau bagaimanapun, dalam kehebatan dan keriuhan acara ini, seorang pelancong luar negara memuat naik gambar perkarangan padang yang dicemari sampah-sarap.

Individu yang menggunakan nama Jean Paul Lardinois, menzahirkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan awam.

We come from far away, and this is my third LIMA.
You have a fantastic island, even a paradise island.
I have no lesson to give but here is the trace after a few days.
Monday there was nothing ….
It’s not difficult to put everything in a plastic bag and put it in the trash.
Everyday, I saw some incivilities.

Continue to destroy your paradise

Kami datang dari jauh, dan ini adalah LIMA ketiga saya.

Anda mempunyai sebuah pulau yang hebat, bahkan sebuah pulau ‘syurga’.

Saya tak de apa nak bagi, tapi inilah apa yang berlaku beberapa hari ini.  Bukan susah untuk letakkan semuanya ke dalam beg plastik dan buang ke tempat sampah.

Setiap hari, saya lihat perkara ini berlaku.

Teruskan musnahkan syurga anda.

Gambar kawasan sebelum dicemari sampah-sarap

Sumber: Jean Paul Lardinois

Nur Farra