Siakap Keli

“Kami Mahu Keadilan,” Masuk Masjid Nak Solat, Remaja Dipukul Selepas Disangka Pencuri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rabu lalu, Facebook Cyda Rasymelda menjadi perhatian netizen apabila adiknya dipercayai menjadi mangsa belasahan dalam kejadian yang berlaku di salah sebuah masjid di Selangor.

Gambar yang dikongsi kakak mangsa menunjukkan mangsa telah dipukul sehingga berlumuran darah dan hasil x-ray mendapati berlakunya hentakan di dahi serta telah menerima beberapa jahitan akibat koyakan serius.

Menurutnya lagi, adiknya dipukul menggunakan kerawang pagar besi selepas didakwa mencuri barangan masjid setelah selesai solat Isyak pada malam itu.

Bukti lingkaran besi yg di pukul dan songkok dia termasuk ke rantai moto selepas terjatuh dari moto dgn hayunan pertama dari pemukul yg mengakibatkan dahi berlubang.

Report polis sudah di buat,tunggu polis buat siasatan seterusnya. Rawatan hospital, x-ray mendapati ada hentakan sikit di dahi..alhamdulillah xde pendarahan yg serius dan sudah terima beberapa jahitan

Semoga ini menjadi ikhtibar dan pengajaran utk semua, bukan semua org yg masuk masjid pada lewat mlm tu pencuri mgkn masa tu di izikan utk solat lewat.. Kita xtau baik buruk manusia, sblm buat keputusan fikir dulu dan jangan terus pukul tanpa usul periksa.

Nasib tak mati adik aku ko kerjakan..Semoga si pemukul mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatanya dan segera di tangkap.

Keluarga kami mahukan keadilan.. Jika dia di dapati mencuri di masjid hukum la dia ikut undang2 sy mohon pihak masjid buat laporan polis bukti kn cctv di sekitar masjid, jika dia di dapati tidak bersalah sy mohon doa semua orang semoga keadilan berpihak pada yg benar..

Siapa yg salah heret ke muka pengadilan..

Alhamdulillah.. Dpt kerjasama yg sgt baik dari pihak msjd. Setelah di teliti cctv adk sy tdk mencuri, hanya solat sahaja.
Voice dari wasap tu bg tau masjid tersebut baru reda dari kecurian tabung msjd dan kebetulan pula waktu adik saya masuk masjid sama dengan waktu kecurian tabung msjd sblm ni.

Untuk makluman pihak AJK masjid tidak ada kena mengena dengan kes pukul ni. Semua berlaku di luar masjid.. Jgn salah anggap ye..
Kes hampir selesai,tinggal tunggu tangkapan. Suspek dah di kenal pasti

Ramai yg follow kes ni, ada yg suka ada yg x suka.. Sy minta maaf la ye mane yg xsuka tu xyah follow unfren je sy..terima kasih.

Sumber: Cyda Rasymelda

Nur Farra