Siakap Keli

Kehilangan Tiada Petunjuk, Orang Ramai Diminta Hulur Bantuan Teruskan Misi Pencarian Acap

Misi pencarian Mohd Ashraf yang hilang sejak 23 Mac lalu masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.

Kehilangannya dijejaki selama beberapa hari ini, namun tiada sebarang petanda dijumpai.

Hari ini, melalui Facebook rasmi Seladang Perak, mereka menyeru orang ramai untuk membantu mencari Ashraf memandangkan pihak berkuasa akan menamatkan pencarian mengikut prosedur.

Melalui kenyataan itu, orang ramai diminta untuk sama-sama menghulurkan bantuan daripada segi tenaga dan wang ringgit bagi memastikan misi pencarian Ashraf diteruskan.

Assalamualaikum.. #prayforacab

PANGGILAN SEMBOYAN UNTUK SEMUA PENDAKI & PELARI!! We need YOU!!

Untuk pengetahuan semua, pada hari esok (30 mac 2019) pihak berkuasa seperti Apm, Bomba, Polis dan lain2 akan stand down utk operasi SAR asyraf @ ACAB. Ucapan terima kasih kami kepada pihak berkuasa yang bersungguh-sungguh membantu mencari saudara acab sepanjang operasi ini. Salam hormat kami pada tuan dan puan.

Hari ini merupakan hari ni merupakan hari ketujuh acab hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail. So memandangkan pihak berkuasa akan menamatkan operasi mereka mengikut prosedur mereka, setelah perbincangan dgn beberapa orang antaranya pihak penganjur, bro mat dee (HACAM) , abg mus (MOSARS) dan Boy (Gopeng Ultra), Pak Lee (PMGM) dan lain2 , kami sepakat untuk meneruskan misi pencarian sedaya dan semampu kami.

Namun kami masih mengharapkan bantuan tenaga dari anda semua. So pada Sabtu dan ahad dan hari seterusnya sehingga saudara acab ditemui, kami menyeru dan merayu pada sesiapa yg berkelapangan untuk hadir menyumbangkan tenaga dalam misi ini.

So dibawah adalah link wassap utk para sukarelawan nak hadir bantu. BUKAN LINK UTK ANDA KOREK INFO!! Hanya pihak berkuasa atau Gopeng Ultra sahaja yg akan keluarkan info. Harap maklum..

Link group (1)

https://chat.whatsapp.com/E4l7F9Bs5LLHw5Txhob5RF

Link group (2)

https://chat.whatsapp.com/LfZ2gtblzb3BRhtMTw7jUL

Follow: Gopeng ULTRA

Sumber: Seladang Perak

Nur Farra