Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

”Kami Laungkan Azan Di Empat Penjuru Hutan,” Pernah Selamatkan Mangsa Hilang Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kewujudan alam ghaib tidak dapat disangkal lagi. Terdapat banyak ‘makhluk’ lain yang menghuni muka bumi ini bezanya tidak dapat kita lihat dengan pandangan mata kasar. Hanya mereka yang dikurniakan kelebihan oleh Allah, terbukanya hijabnya dan dapat melihat dunia lain di luar dimensi manusia.

Perkongsian oleh seorang individu yang terlibat dalam usaha mencari seorang mangsa yang hilang selama enam hari di sebuah lokasi hutan mungkin boleh dijadikan pengajaran. Berdepan dengan makhluk lain, pendinding diri tidak lain tidak bukan hanya dengan meminta pertolongan Allah. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah.

Saya pernah hadapi stuasi ini… bila hilang tanpa arah, kita jangan menafikan kewujudan yang ghaib… maka carilah yang arif….

Pernah saya ikuti pencarian orang hilang, di satu lokasi hutan… pelbagai perawat usaha setelah pasukan penyelamat hilang petunjuk…

Kepung 4 penjuru hutan

Gambar Sekadar Hiasan – Google

Alhamdulillah team guru saya juga diberi peluang untuk turun bantu…. sesampainya kami di sana jam 1am, kami berlima mulakan strategi…. kami kepung 4 penjuru hutan…. setiap penjuru 1 perawat…

Laungkan azan dan berzikir

Maka kami akan laungkan azan…. seorang demi sorang…. selepas tamat keempat-empat azan… kami bergerak sama-sama sambil berzikir….. selawat nabi tak putus-putus… selain baca doa pendinding diri yassin ayat9…. dan guru kami akan tunggu kami di tengah-tengah hutan….

Lihat mangsa tersepit di celah pokok

Sambil bergerak mata kami meliar memerhatikan mangsa yang kami target…. sepanjang kami mahu menuju pada guru kami yang menanti kami…. Allah saja yang tahu pelbagai ujian kami hadapi .. syukur ke hadrat Allah…. akhirnya salah seorang dari kami jumpa mangsa yang tersepit di celah pokok dengan keletihan..

Gambar Sekadar Hiasan – Google

Mangsa kerasukan dengan suara garau

Bayangkan 6 hari beliau di situ… dan sudah berapa kali pasukan keselamatan mencari sekitar itu.. malah ada yang berkemah di situ… bila jumpa dia tak bermaya…. tiba-tiba beliau kerasukan…. suara garau.. marahkan kami sebab cuba halang hamba Allah ini dari dibawa ke alam mereka…

Kami cuba berbincang. Tapi dia tetap berkeras… akhirnya arwah guru kami berjaya pujuk dan berlawan ikhtiar untuk membawa hamba Allah ini pulang, dengan izin Allah mangsa bebas dari genggaman makhluk ghaib…. al-fatihah buat arwah guru.

Update :

Mohon tolong sampaikan pada perawt lain yang gigih iktiar mencari saudara kita yang hilang di hutan…. mungkin saya belum berkesempatan untuk membantu… pakat share ramai-ramai cara dan teknik apa yang guru saya ajarkan..

Carilah 7 bji batu sungai… setiap satu batu bacakan al-fatihah (14x), batu yang kedua bacakan ayat qursi (7x) batu ke tiga baca al-iqlas (7x) batu keempat baca al-falaq (7x) dan batu kelima baca an-nas (7x) batu keenam dan ketujuh baca 3qul (7x).

Kemudian gabungkan semua bacakan surah nabi yunus (14x) lailahaila anta subhanakainni kuntu minazzolimin… kemudian lemparkan ke tempat acap yang diyakini hilang.. bila baling lafazkan bismillahi Allahhuakbar…. insyaAllah….. lemparlah batu seprti orang lempar batu jamrah di Mekah tu…

Tok tak tau macam mana cara nak sebarkan cara teknik ini pada perawat yang gigih membntu…mohonlah pakat share mudah-mudahan ada yang sudi iktiarkan cara apa yang di ajar oleh guru tok.. insyaAllah…

Sumber : Tok Qiqi

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.