Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Lelaki Ditemui Mati Dalam Rumah, Selepas Tiga Hari

George Town : Bau busuk yang dihidu jiran sejak semalam, sebelum menghubungi pemilik rumah akhirnya membawa kepada penemuan mayat penyewa kediaman itu di Taman Sunway Tunas, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata pemilik rumah itu terus ke rumahnya dan menemui mayat jurutera berkenaan dalam sebuah bilik di premis tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

“Mangsa, Ooi Boon Khuan, 29, dipercayai telah mati sejak tiga hari lepas, dan tiada penyewa lain menyedari kematian lelaki itu. Rumah berkenaan disewa tujuh lelaki,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa yang masih bujang dan berasal dari Simpang Empat Kangkong, Kedah itu ada mengadu sakit perut dan telah mendapat rawatan di sebuah klinik berdekatan.

“Lelaki itu dipercayai menghidap sakit gastrik dan ada mengambil ubat berhubung penyakitnya itu. Bagaimanapun bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan masalah jantung,” katanya.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.