Siakap Keli

Agensi Rahsia Perancis & Belgium Rancang Serangan Kimia Palsu di Syria, Ramai ‘Pelakon’ Yang Terlibat – Moscow

Pasukan Perkhidmatan Rahsia Perancis dan Belgium sedang merancang untuk melakukan sebuah operasi palsu. Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, operasi itu adalah untuk menggunakan serangan kimia kepada Syria untuk memerangkap Moscow.

Dilaporkan bahawa ejen kedua-dua negara itu bekerjasama dengan pemimpin pengganas di Idlib. Mereka (pengganas) merupakan ahli kumpulan militan yang menduduki sebahagian besar wilayah Idlib di Syria. Ketua Pusat Perdamaian Rusia di Syria, Viktor Kupchishin mengatakan bahawa kumpulan pengganas itu sedang melakukan persedian untuk serangan tersebut.

Gambar : eaworld.com

Serangan itu mendapat kerjasama yang erat antara operas-khidmat rahsia Belgium, Perancis,’pseudo humanitarian’, Jeneral Kumpulan White Helm dan termasuk cabang kumpulan pengganas Al-Qaeda yang diberi nama baru iaitu Hayyat Tahrir Al-Sham (HTS, sebelum ini dikenali sebagai Al-Nusra Front).

Tentera Rusia mendakwa bahawa gas beracun yang berasaskan klorin itu telah pun dihantar ke beberapa buah kampung di wilayah Idlib. Racun itu ‘dibungkus’ dalam bekas yang seakan-seakan tangki oksigen dan gas asli.

Perancang serangan berkenaan telah berbincang untuk merakamkan operasi palsu dan warga Rusia yang mogok di gudang dron di Idlib untuk ‘membuktikan’ penglibatan Moscow.

Pelakon yang diupah untuk memainkan watak sebagai mangsa serangan kimia ditawarkan kira-kira RM400. Namun tidak dinafikan ada kemungkinan pelakon-pelakon tersebut akan diracun oleh kumpulan militan untuk membuat video itu ‘seakan-akan hidup’.

Ini bukan kali pertama rusia memberi amaran mengenai serangan operasi palsu yang melibatkan senjata kimia dan mendedahkannya kepada orang awam. September lalu, tentera Rusia mengeluarkan beberapa peringatan mengenai serangan palsu yang berlaku di Idlib dan menuduh kumpulan Helmets sebagai dalangnya.

Moscow memaklumkan serangan itu digunakan oleh pihak Barat untuk melancarkan serangan udara ke atas tentera kerajaan Syria. Namum serangan tersebut tidak pernah berlaku kerana berkemungkinan telah didedahkan terlebih dahulu.

Sumber : rt.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.