Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Perkhidmatan Penerbangan Firefly Ke Singapura Akan Diketahui Tidak Lama Lagi

Kuala Lumpur : Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi mengenai penggantungan perkhidmatan penerbangan Firefly ke Singapura sejak Disember tahun lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata pihaknya masih dalam poses memuktamadkan butiran mengenai perkara itu.

Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, mengantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember lalu sehingga pihak berkuasa menyelesaikan perkara berkaitan dengan rancangan pihak berkuasa Singapura untuk memindahkan operasi pesawat turbo-prop dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Seletar.

“Kami harap syarikat penerbangan itu boleh menyambung semula perkhidmatan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kad Diskaun Xtra20 Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini hari ini.

Sebelum ini, Firefly mengadakan 20 penerbangan ke Singapura dari Subang, Ipoh dan Kuantan.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di