Siakap Keli

Sah, Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah Bersama Aidil Aziz

Adat perkahwinan orang melayu, kebanyakkannya diserikan dengan pelbagai tradisi yang menyeronokkan buat pasangan pengantin dan tetamu yang hadir. Salah satu dari tradisi itu yang masih diamalkan sehingga kini adalah tradisi Malam Berinai yang kebiasaannya diadakan malam sebelum pasangan mempelai diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Pasangan pengantin akan memakai inai dijari mereka untuk nampak lebih berseri ketika bersanding pada keesokan harinya.

Tidak melepaskan peluang itu, ‘Couple Of The Year’ Fasha Sandha dan Aidil Aziz turut mengadakan malam berinai bagi memeriahkan majlis pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac 2019. Fasha memuatnaik gambar-gambar ketika majlis Malam Berinai itu berlangsung di Instagram miliknya. Gambar-gambar tersebut sangat jelas dan inai yang terukir dijari nampak lebih menarik apabila menggunakan kamera yang berkualiti tinggi. Ditambah pula dengan kejelitaan Fasha mengenakan songket berwarna ungu membuatkan ramai peminatnya teruja melihat kedua mempelai itu.

Ketika sesi penggambaran ‘Pre Wedding’ Fasha dan Aidil, ramai yang tertanya-tanya kamera jenis apa yang mereka gunakan sehingga dapat menghasilkan gambar berkualiti dan dinamik. Dalam kapsyen, Fasha Sandha membongkarkan dimana setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30. Dengan teknologi SuperZoom terbaru dari Huawei yang mampu zoom sehingga 50 kali, tidak hairanlah jika setiap gambar yang dimuatnaik oleh Fasha memukau mata peminat-peminat yang melihatnya dan rata-rata semua memuji kehebatan kamera HUAWEI P30 ini.

HUAWEI mengesahkan akan melancarkan Siri P30 ini di Malaysia pada 2 April 2019 dengan pelbagai pengumuman menarik menanti peminat tegar Siri P dari Huawei. Semua peminat Huawei hanya diminta untuk bersabar sedikit sebelum dapat merasai kehebatan Huawei P30 dan revolusi kamera yang tiada tandingan ini.



 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)