Siakap Keli

The Untold Story : Black Hawk Down Akan Difilemkan Semula , Jasa Malaysia Akan Tercatat Dalam Kisah Kali Ini

Mungkin ada di antara anda yang pernah menonton filem Black Hawk Down  dibintangi oleh Ken Nolan yang diadaptasi dari buku yang ditulis oleh Mark Bowden dan tragedi besar di Mogdishu. Peperangan Mogdishu merupakan insiden terbesar yang berlaku pada tahun 1993.

Pertempuran Mogadishu, atau Hari Rangers adalah sebahagian daripada Operasi Gothic Serpent. Mereka berperang pada 3 Oktober 1993, di Mogadishu, Somalia dan perperangan itu melibatkan pihak tentera Amerika Syarikat yang disokong oleh militia Somalia.

Tapi apa yang ditonton dalam filem itu bukanlah realiti sebenar peristiwa berkenaan. Filem itu hanya memaparkan tentang keberadaan tentera Amerika sahaja dan tidak mendedahkan langsung tentang penglibatan tentera dari Malaysia. Walhal terdapat lebih dari 100 orang anggota tentera Malaysia yang mempertaruhkan nyawa ‘disebalik tirai layar filem terbabit.

Poster Filem Black Hawk Down (Gambar : Pinterest)

Wira Tidak Didendang

Mungkin tanpa pendedahan ini, masih ada yang tidak tahu tentang jasa tentera Malaysia yang berjuang demi menyelamatkan renjer dari Amerika Syarikat seramai 80 orang  yang terperangkap di Somalia. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai ’19 Melayu Diraja Mekanize’.
Mungkin tiada yang tahu kerana tidak ‘terfilem’ namun merekalah menyaksikan dengan mata sendiri kumpulan militia Somali yang menembak jatuh dua helicopter UH-60 Black Hawk.
Antara wajah wira negara yang berada di Somalia untuk misi menyelamat (Gambar : Infomasi Tempur)
Menurut laporan dari Army Times, sebuah dokumentari baru yang akan menceritakan kisah sebenar tentang perjuang yang terlibat dalam tragedi itu.

“Black Hawk Down: The Story Untold,” adalah dokumentari yang dibuat oleh Kolonel Tentera Udara (Bersara) Randall Larsen, yang juga berkhidmat dalam Angkatan Tentera selama 32 tahun. Syarikat penerbitan Larsen sebelum ini menghasilkan dokumentari “Operasi Whitecoat,” cerita kisah 2,300 individu yang menawarkan diri untuk eksperimen biologi di Fort Detrick, Maryland dari tahun 1954 hingga 1973.

Randall Larsen (Gambar : Operasi Tempur)
Poster Black Hawk Dawn (Gambar : Operasi Tempur)
Idea itu ‘datang’ ketika beliau bertemu dengan Brig. (Bersara). Jeneral Bill David yang pernah mengetuai Batalion ke-2 Rejim Infantri ke-14, Divisi Gunung ke-10 dalam pertempuran Mogadishu. Selepas itu, Randal terfikir :

“Ini merupakan kisah luar biasa yang saya tidak tahu”

Jadi, walaupun beliau sudah berjanji dengan isterinya bahawa beliau bakal besara, Randall tetap mahu menyiapkan dokumentari ‘lagenda’ ini. Randall menambah bahawa dokumentari barunya, “Black Hawk Down: The Untold Story,” akan mempamerkan peranan Divisi Gunung ke-10 di Pertempuran Mogadishu.

Randall turut menunjukkan kereta perisai APC Condor TD milik Malaysia yang digunakan untuk membawa tentera ke medan tempur. Tentera Malaysia pergi ke dua tapak kemalangan helikopter untuk memulihkan peralatan dan mencari mangsa. Mereka juga menyelamatkan pengendali Rangers dan Delta yang terkandas di bandar.

Kereta perisai APC Condor TD milik Malaysia (Gambar : Army Times)

Sumber : Army Times 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.