Siakap Keli

“Universiti Mampu Hasilkan Graduan, Namun Tidak Peluang Pekerjaan” Doktor Ini Dedah Realiti Sebenar Graduan Kini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ishak Yussof, Rahmah dan Robiah, pasaran kerja sekarang lebih bersifat dinamik disebabkan oleh kepelbagaian keperluan dan kemahiran yang ‘dituntut’ oleh majikan. Perkara ini ternyata telah menimbulkan banyak isu mengenai pasaran kerja dan peluang untuk mencipta kerjaya. Malah dapat dilihat, peluang pekerjaan baru tidak setanding dengan limpahan para graduan.

Dimaklumkan juga bahawa kadar pengangguran siswa mahupun siswazah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Ini bukan cuma tekaan mahupun andaian, tetapi ia telah tercatat dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun 2017.

Terpanggil untuk memberi pencerahan mengenai isu penggangguran graduan Pengarah Eksekutif, Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia, Dr Mahaletchumy Arujanan telah memuatnaik satu hantaran di laman Facebooknya. Status yang dimuatnaiknya itu mendapat lebih dari 7,900 kali perkongsian.

 

Dr. Mahaletchumy berkata :

“Moga ini dapat menyedarkan pelajar dan ibu bapa tentang realiti sekarang”

Gambar : Dr Mahaletchumy Arujanan

Ramai Graduan tidak Berjaya Mendapatkan Pekerjaan

Universiti sekarang telah berjaya menghasilkan banyak graduan, namun tidak peluang pekerjaan.

Gambar : Dr Mahaletchumy Arujanan

Gaji Para Graduan Rendah

Gaji akan semakin menurun walaupun kos sara hidup meningkat. Di samping itu, permintaan untuk pekerjaan yang memerlukan kemahiran juga sebenarnya makin kurang. Peluang kerjaya yang tinggi hanya merangkumi bidang jualan dan pemasaran.

Gambar : Dr Mahaletchumy Arujanan

Kenapa Perkara Ini Terjadi? Ini Pendedahan Tentang Pemerhatian Saya.

Pertama, graduan perlu cemerlang, terutamanya dalam bidang kemahiran insaniah untuk menonjol di kalangan orang ramai. Kemahiran insaniah adalah proses pembelajaran yang merangkumi aspek keperibadian dan kerja sepasukan. Ia seperti kemahiran berkomunikasi, kreatif, pemikiran kritikal dan analitikal.

Ibu bapa jangan hanya terlalu fokus untuk mendapat gred yang bagus kerana kemahiran ini yang akan membantu para graduan untuk mendapatkan pekerjaan. Ibu bapa juga perlu menggalakan anak-anak mereka untuk mempelajari lebih dari satu bahasa terutamanya Bahasa Inggeris.

Kedua, jangan sesekali menyambung pengajian di peringkat sarjana tanpa matlamat yang betul yang tentunya tidak berbaloi.

Ketiga, Para ibu bapa perlu mempunyai perancangan kewangan yang baik untuk memastikan anak-anak mendapat pembelajaran dan pendidikan yang baik. Di samping itu, mereka perlu membantu anak-anak memberikan sokongan dan sedikit keperluan ketika anak-anak baru mahu mula bekerja.

Yang terakhir, saya benar-benar berharap supaya pihak yang terbabit akan berinisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam sains dan teknologi (STEM). Dan kepada mereka yang tidak cenderung dalam bidang akademik, mereka boleh memilih bidang vokasional. Jangan anak-anak untuk mereka menjadi seorang graduan dengan hanya memperolehi gred yang baik tetapi terapkanlah sekali kemahiran insaniah supaya mereka dapat ‘bertanding’ dengan graduan lain di pasaran kerja.

Sumber : Dr Mahaletchumy Arujanan

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.