Siakap Keli

Banyak Kuman Dan Boleh Jadi Punca Cirit-Birit, Ini Caranya Untuk Anda Bersihkan Span Pencuci Selepas Diguna

Berapa kerapkah anda menukar span pencuci yang digunakan di dapur rumah anda? Sekerap mungkin, sekali seminggu ataupun bila ia sudah hancur dan geli untuk digunakan?

Selain itu, ramai diantara kita sebenarnya menggunakan span pencuci yang sama untuk mencuci semua bekas kotor di dapur dan barangkali ada ibu bapa yang terlepas pandang ketika mencuci botol susu anak-anak di rumah.

Tapi tahukah anda, span pencuci boleh menjadi kediaman kepada jutaan bakteria berbahaya dan ia mungkin salah satu punca kepada masalah cirit-birit yang dihadapi oleh anak anda seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini.

Jom baca perkongsian penuh di bawah untuk manfaat bersama-sama.

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

1. Rebus 5 minit atau,

2. Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,

3. Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Jadi, jangan lupa bersihkan span pencuci di rumah anda sebelum tiba masa untuk ditukar.

Sumber: Public Health Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.