Siakap Keli

Hajat Untuk Bergraduasi Tak Kesampaian, Pelajar Ditemui Mati Di Hutan Selepas Tersalah Masuk Kenderaan ‘E-Hailing’

Menurut polis, seorang pelajar berusia 21 tahun telah ditemui mati di hutan. Perkara itu dilaporkan berlalu oleh kerana mangsa, Samantha Josephson tersalah masuk kenderaan disangkanya adalah kenderaan e-hailing. E-hailing merupakan perkhidmatan kereta, teksi mahupun limosin dan sebarang bentuk pengangkutan lain yang dipesan melalui peranti mudah alih.

Malangnya selepas 14 jam,  hanya jasad yang sudah tidak bernyawa ditemui di kawasan hutan berhampiran Claredon County, 90 batu dari bandar.

Tempat mangsa ditemui (Gambar : Mirror.uk.co)

Namun saspek kes berkenaan telah ditangkap atas tuduhan menculik dan membunuh mangsa. Hal ini disebabkan saspek dilihat memandu kereta model yang sama dengan kereta terakhir yang dinaiki mangsa. Lebih menguatkan bukti apabila telefon bimbit, kesan darah dan produk pembersihan ditemui dalam kereta saspek.

Kereta saspek yang dinaiki oleh mangsa terakam oleh CCTV ( gambar : mirror.co.uk)

Kamera pengawasan merakam saat Samantha berbual di telefon dan masuk ke dalam kereta berkenaan. Apabila pemandu e-hailing yang sebenarnya tiba di tempat menunggu, beliau tidak melihat sesiapa pun di sana. Lalu, pemandu itu membatalkan pesanan tersebut.

Mangsa bersama kedua ibu bapanya (Gambar : mirror.co.uk)

Samantha dikatakan bakal bergraduasi pada bulan Mei ini dalam jurusan Sains Politik. Malah beliau juga pernah diterima masuk ke sekolah undang-undang di Universiti Drexel. Kematiannya itu nyata telah menggemparkan seluruh komuniti kampus dan bandaraya Columbia.

Bapa mangsa telah memuat naik status di Facebooknya dengan mengatakan :

“Saya menulis kerana terlalu sedih dan terluka. Saya merindui dan mencintai anak saya seumur hidup.”

Sumber : mirror.co.uk 

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di