Siakap Keli

Kulit Putih, Orangnya Comel Tapi Berbadan ‘Sado’, Jauh Berbeza Dengan Wanita Korea Lain

Wanita-wanita daripada Korea Selatan biasanya terkenal dengan rupa yang sangat cantik, mata bulat, senyuman manis dan kulit yang putih. Tak percaya? Lihat sahaja selebriti-selebriti K-POP yang begitu digilai oleh remaja-remaja Asia.

Tapi yang satu ini, mungkin terlalu berbeza daripada gadis-gadis Korea yang selalu muncul di kaca televisyen. Yeon-woo Jhi, 35, mungkin mempunyai minat yang jauh menyimpang daripada minat-minat gadis Korea. Tidak mahu menjadi superstar, sebaliknya mahu menjadi ahli bina badan.

Maka tak hairanlah, walaupun dengan rupa yang manis dan kulit yang cerah, Jhi sebaliknya mempunyai bentuk badan yang sangat ‘sado’, munkin lebih berotot daripada kebanyakkan lelaki yang anda kenal.

Kata Jhi, dia mula meminati sukan bina badan sejak 14 tahun yang lalu. Pada mulanya, dia hanya gadis bertubuh kecil, sama seperti orang lain. Mencuba sukan tersebut secara suka-suka, kemudian menyertai satu pertandingan dan memenangi tempat pertama, semuanya berubah buat Jhi.

Dia mengambil keputusan untuk lebih serius dalam sukan bina badan dan menyertai lebih banyak pertandingan.

Menurut Jhi lagi, sikapnya turut berubah menjadi lebih yakin selepas menjalani kehidupan sebagai ahli bina badan. Ketika bertubuh kecil, Jhi selalu merasa lemah dan takut untuk muncul di media sosial. Sejak dari itulah, dia mengambil keputusan untuk meluangkan lebih masa di gym bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih baik.

Antara pencapaian terbaik yang pernah diraih oleh Jhi sebagai atlet bina badan adalah muncul tempat kedua dalam pertandingan NPC Excalibur Bodybuilding Championships 2011 dan muncul juara di Arnold Classic Europe Amateur pada 2013. Jhi juga muncul sebagai orang Korea pertama yang diberikan kad IFBB pro. Kemudian, Jhi memulakan karier profesionalnya pada 2015 di Vancouver Pro Show.

”Lalui hidup untuk hari ini sahaja, sebab ramai orang seringkali menyesal dengan perkara lepas dan terlalu risau dengan masa depan.

”Saya rasa, benda paling gembira adalah untuk menjalani kehidupan untuk hari ini sahaja dan lakukan apa yang saya suka. Alasannya, saya tidak tahu bila penghujung hidup saya,” katanya.

Sumber: Oxygenmag

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.