Siakap Keli
Gambar: Hafizul Hakim

Perkongsian Lelaki Ini Mengenai Format Surat Rayuan Haji Tular Hingga Dapat 11.4K Perkongsian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi umat Islam, menunaikan ibadah haji merupakan satu impian yang diimpikan setiap orang. Lebih indah lagi jika ibadah suci itu dikerjakan dengan orang tersayang yang ada di sisi.

Baru ini saudara Hafizul Hakim dan isterinya ada membuat perkongsian mengenai format surat rayuan haji mereka yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Tabung Haji sendiri. Keikhlasan dan niat suci mereka berdua yang ingin memudahkan urusan saudara sesama Islam telah membuahkan hasil apabila perkongsian yang dibuat oleh mereka tular di media sosial hingga mendapat 11.4K perkongsian.

Beliau turut memaparkan contoh surat rayuan yang dibuat oleh mereka bagi sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai rujukan.

Gambar: Hafizul Hakim
Gambar: Hafizul Hakim

Contoh Format Surat Rayuan Haji

1. Atas permintaan ramai, saya share surat rayuan haji yang telah saya hantar kepada Tabung Haji pada 29 Januari 2019 sebagai mahram isteri.

Alhamdulillah, saya telah dapat surat tawaran haji pada Jumaat lepas 22 March 2019.

Mudahan asbab perkongsian ini memudahkan urusan kami pergi haji bulan Julai nanti insha Allah.

2. Untuk posting ini saya sertakan dua contoh iaitu:

i) Surat Rayuan suami sebagai mahram (isteri telah dapat tawaran).

Gambar: Hafizul Hakim
Gambar: Hafizul Hakim

ii) Surat Rayuan suami isteri belum dapat surat tawaran. Anak-anak juga boleh menaip ikut format ini untuk ibu bapa mereka.

Gambar: Hafizul Hakim
Gambar: Hafizul Hakim

3. Surat saya simple je. Semoga menjadi panduan buat kawan-kawan semua ya. Perkara paling penting perlu disediakan semasa menaip surat:

a. Nombor Daftar Haji.

Ada ditulis pada surat daftar haji. Kalau tak ingat, anda boleh hubungi Tabung Haji +603-62071919 atau emailkan ke [email protected]. Beritahu nak nombor daftar haji.

b. Kalau belum daftar haji, sila daftar dulu sama ada di Tabung Haji atau melalui perkongsian saya lepas. Baca sini: https://www.facebook.com/590569571/posts/10159137584894572?sfns=mo

Link Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/…/maklum…/pendaftaran-haji-off

c. Yang ada KWSP attach sekali salinan penyata terkini akaun. Mengapa info ini diperlukan? Klik https://www.facebook.com/590569571/posts/10159206886629572?sfns=mo

4. Kemudian surat ini dihantar secara fizikal ke pejabat Tabung Haji terdekat dan hantar salinan pdf ke alamat email Tabung Haji di atas.

5. Surat ini cuma asbab selebihnya kita berdoa bersungguh-sungguh. Tiap malam kita doa solat tahajud dan buat solat hajat setiap malam minta Allah SWT pilih kita.

Saya doakan kawan-kawan semua dijemput dengan mudah dan mulia oleh Allah swt untuk menunaikan haji dengan segera dan sihat ya! Aamin.

Silakan #SHARE untuk panduan masing-masing. Nanti senang nak taip surat.

#Nota: Untuk rayuan haji tahun 2019 telah tutup. Format ini untuk permohonan korang pada tahun 2020, tarikh tutup 1 Rejab tahun depan.

Hafizul Hakim
#TravelogHaji

Sumber: Hafizul Hakim

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"