Siakap Keli

”Saya Malu Makan Asing Dari Orang Lain Ustaz,” Pernah Duduk Semeja, Menangis Ustaz Ebit Lew Kongsi Peribadi Tok Mat

Mesti ramai yang mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, yang sangat disegani kerana keperibadiannya. Melalui tutur kata yang lembut, nasihat dan motivasinya seringkali menyentuh hati. Tidak hairanlah, jika beliau menjadi antara penceramah yang paling disukai ramai.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsi pengalamannya dalam sebuah majlis bertemu dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih mesra disapa Tok Mat. Duduk semeja dengan wakil rakyat itu, beliau sebak menceritakan keperibadian Tok Mat yang sangat merendah diri.

Sebak, tahun 2016 dulu ada ceramah dekat Masjid Negeri Sembilan. Tok Mat duduk depan sekali. Masa tu beliau menteri besar. Tekun jer dengar. Katanya selalu dengar ceramah saya di radio dan youtube. Saya sangat minat dengar ceramah ustaz.

”Saya malu makan asing dari orang lain”

Masa kami makan. Meja kami diasingkan di bahagian dalam bilik. Tok Mat ajak makan dekat luar bersama semua orang. Kita makan kena sama dengan semua orang. Saya malu makan asing dari orang lain. Sape kita ni nak lain dari orang lain. Kalau nak makan seorang baik makan dekat rumah jer. Betulkan ustaz.

Sebak dengar begitu. Dulu Nabi saw selalu makan bersama hamba. Walau orang arab tak makan dengan hamba. Nabi saw sudi makan kenduri kecil yang dihadiri oleh hamba. Sekarang dah takde hamba. Nabi saw, Abu Bakr ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra kesemua mereka selalu iktikaf di Masjid. Berjalan malam cari orang susah miskin dan kuat berdakwah. Nabi saw sayang semua orang. Ingin lihat semua manusia bahagia dan masuk syurga. Pujuk manusia disiang hari kepada Allah. Malam menangis berdoa hidayah dan rahmat buat semua manusia.

Begitulah pemimpin sepatutnya. Jangan berbeza dari orang lain. Ia amanah Allah. Rasailah semuanya seperti orang lain banyak masa duduk bersama orang miskin dan anak yatim. Rajin ke majlis ilmu di masjid. Ia akan membersihkan hati kita. Jika tak kita akan hanyut dibuai mimpi. Dirosakkan oleh orang berkepentingan dan nafsu kita sendiri.

Beliau orang baik dan rendah diri

Beliau sangat rendah diri melayan semua orang. Ramai datang padanya tanya masalah hidup dan saya pun sign buku masa tu. Gembira takde protokol sangat. Masa makan kami cerita mengenai dakwah dan kerja-kerja agama. Pentingnya dakwah dan akhlak Nabi saw. Beliau orang baik dan ada semangat Islam dalam dirinya. Kami juga berbual tentang keluarga dan menghargai keluarga. Saya sempat hadiahkannya buku Tangisan Umat. Buku apakah tangisan seorang Islam. Jiwa seorang Islam. Ramai yang baca menangis dan mula tahu tugas kita sebagai daie Allah. Saya teringin semua anak muda dan pemimpin Islam bawa Islam ke seluruh dunia.

Saya doakan orang baik sepertinya terus istiqamah dalam kebaikan dan tak kira siapa dari organisasi atau parti mana pun niatlah bawa Islam dalam diri dan saat dipilih menjadi pemimpin. Dahulukan perintah Allah. Dahulukan Islam. Kerana Islam ini kita mulia. Janganlah menghina sesiapapun. Jangan sombong. Kelemahan sesiapapun kita dakwah dan doakan mereka. Dunia ini sementara akhirat selamanya. Kasih sayang dalam diri orang Islam akan menjadi asbab hidayah buat semua manusia dalam dunia.

Buat semua pemimpin ingatlah terlalu besar tangungjawabnya. Jika seorang ketua keluarga silap,kasihan anak isterinya diabaikan dan tidak sayangi dan dibimbing dengan betul. Menangis lihat anak kecil terbiar di bawah jambatan tepi jalan hampir semua tiada ayah atau ayah yang tidak bertanggungjawab. Inikan pula seorang ketua masyarakat, negeri atau negara. Semoga Allah sentiasa memberkati negara kita dalam kasih sayang dan rahmat Allah- ebitlew

Rata-rata pengguna facebook turut menceritakan pengalaman mereka bertemu empat mata dengan Tok Mat. Ternyata pemimpin ini begitu disayangi ramai walaupun ada di antaranya yang tidak berada di bawah pemerintahan beliau.

Tak nak duduk meja VIP..

Anak-anak mewarisi keperibadian Tok Mat..

Bijak dan sangat merendah diri..

Sampai sekarang saya respect dengan dia..

Selamba je ambil nasi duduk sebelah meja saya..

Saya orang Sabah tinggal di Negeri Sembilan..

Sumber : Ebit Lew

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.