Siakap Keli

“Saya Tak Mampu Buat Apa Yang Nina Buat, Moga Allah Kurniakan Kebaikan Kepada Saya Sebagai Ayahnya” Ramai Tersentuh Dengar Luahan Tan Sri Azman

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut sahaja nama Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman pasti ramai yang akan terfikir kisah hebat tentang penghijrahan beliau. Beliau merupakan anak kepada Tan Sri Azman Hashim yang merupakan Pengerusi Kumpulan Ambank.

Walaupun beliau berasal dari keluarga yang terkenal dalam bidang perniagaan, beliau tetap memilih untuk mengikut naluri hatinya yang lebih cenderung ke arah seni dan membina kerjaya sebagai penulis lagu, pereka fesyen dan penyanyi dan berjaya tembusi pasaran antarabangsa.

Gambar : Mizz Nina

Mizz Nina memilih untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mendirikan mahligai bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh. Sebaik sahaja pulang dari mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah, Mizz Nina mula mengenakan tudung dan mengambil keputusan untuk bersara dari industri seni tanah air. Selepas itulah beliau mula menggiatkan diri dalam bidang perniagaan.

Gambar : Mizz Nina

Mizz Nina dan suaminya juga sering pergi ke misi kemanusiaan di seluruh dunia untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah platform laman sosial beliau turut dipenuhi dengan kata-kata insiprasi dan isu semasa tentang kemanusian untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

Mizz Nina juga tidak ketinggalan untuk membuat rancangan bual bicara yang diterbitkan oleh DOPS TV (Deen of Peace Studios) Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau sendiri bersama rakan kongsinya Zuhair Amdan dan Syahir Ismail. Rancangan itu ditayangkan pada penghujung tahun 2017 dan mungkin ada yang tidak sedar bahawa pada episod ke 9, Mizz Nina teleh menjemput bapanya sendiri iaitu Tan Sri Azman Hashim sebagai tetamu.

Miliki Segalanya Namun Masih Rendah Diri

Seorang pengguna Facebook, Bakhtiar Fitri Abdul Hamid telah berkongsi tentang rancangan tersebut. Beliau melahirkan rasa kagum terhadap keluarga tersebut. Mereka ternyata tetap merendah diri walaupun berasal dari keluarga yang berada serta mempunyai kedudukan.

Gambar : Youtube

Malah Tan Sri Azman sangat menghomati Noh walaupun mereka berbeza bidang. Lebih menyentuh hati, ucapan Tan Sri Azman dalam rancangan itu.

“Saya tak mampu nak buat apa yang beliau (Mizz Nina) buat. Selepas berhijrah, Nina mengajak orang buat kebaikan sedangkan saya pun tidak mampu nak sebarkan kebaikkan”

“Moga Allah kurniakan juga kebaikan kepada saya sebagai ayah kepada Nina”

Bakhtiar turut melahirkan rasa sebaknya apabila seorang ayah boleh buat pengakuan seperti itu dihadapan orang ramai. Bakhtiar juga memuji perilaku Mizz Nina yang istiqamah dengan penghijrahannya.

Sumber : Bakhtiar Fitri Abdul Hamid 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.