Seperti yang dipelajari dalam silibus sejarah, telah wujud kerajaan awal di sekitar kawasan Semenanjung Tanah Melayu sebelum kemunculan Kesultanan Melayu Melaka. Antaranya adalah Chi-La-Tan (Kelantan), Ko-Lo (Muar), Langkasuka (Pattani), Chi’ih Tu (Tanah Merah) dan Kedah Tua.
Bercerita mengenai Kedah Tua, ia dikenali juga dengan nama lain seperti Kadaram, Sai, Kalah, Kataha dan Kalagram. Dahulu, Kedah Tua menjadi perlabuhan utama sebelum dipindahkan ke Lembah Bujang. Ketika itu, ia dipengaruhi oleh agama Buddha dan Hindu. Hal ini ‘diterjemahkan’ oleh penemuan candi di Lembah Bujang.
Terbaru, Pangeran Muda Al-Furqan yang merupakan salah seorang pengguna Facebook telah berkongsi tentang pengembaraannya di Tapak Arkeologi Sungai Batu. Sungai Batu ini pernah berfungsi sebagai pusat pentadbiran, tempat ritual keagamaan, pusat peleburan besi dan pelabuhan kapal dagang.
Ini antara perkongsian beliau :
TANAH MARITIM PURBAKALA
Ok, hari ini hujan lebat di Alor Setar dan Langgar tetapi kampung aku cerah terik lagi walaupun nak masuk petang. Seperti yang aku katakan semalam, hari ini adalah hari terakhir ekskavasi dalam kembara kali ini. Artikel ini mungkin panjang namun dapatlah aku rungkai sedikit dengan pengetahuan yang agak cetek. Motor aku hari ini melencong ke Merbok dan seterusnya ke Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Sungai Batu adalah salah satu kawasan purba yang wujud sekitar abad ke-2 dan menjadikan pemukiman purba ini berusia hampir 2500 tahun dahulu.
Wow, punya gila lamanya ! Mula-mula dapat tahu agak terkejutlah aku. Mana tak terkejut, Negeri Kedah mempunyai satu kawasan purba yang seusia dengan tamadun-tamadun dunia malah lebih lama daripada itu. Sebenarnya, dia ada abang purba lagi iaitu Tapak Arkeologi Lembah Bujang. Nanti aku cerita satu persatu. Apa kaitan dengan Kedah?

Pelabuhan Kedah Tua terletak di antara perairan Kota Kuala Muda hingga ke muara sungai Merbok.
Ok, sebenarnya ada perbezaan abad diantara Lembah Bujang dengan Sungai Batu. Mengikut kajian Pusat Kajian Arkeologi USM, Sungai Batu paling tua dalam adab ke 2 berbanding Lembah Bujang sekitar abad ke 5 Semasa tengok tapak ekskavasi tadi, agak pelik melihat candi nya disusun bulat! Berbeza di Lembah Bujang yang disusun petak. Bagaimana orang dulu mengukur bulat itu dengan tepat dan cantik? Tak hairan ke?

Petak tuh boleh lah buat susun bata leper tapi ini bulat dan susunannya elok serta bersimetri. Ok, yang paling mengejutkan ada lagi tapak ekskavasi yang dijumpai dan disahkan adalah tapak relau untuk peleburan besi pada abad ke 3 hingga abad ke 6.

Fuh, ini bermakna Kedah Tua adalah pengeksport besi terawal di dunia! I can’t believed!
Namun, ada banyak persoalan. Mengapa candi di Sungai Batu tak setanding dengan Candi Borobudur dan Candi Angkor Wat? Kerana peradaban yang berbeza. Dibawah adalah cataran masa :-
Candi Lembah Bujang ( Malaysia )
= 500 ke 600 Masihi

Candi Borobudur ( Indonesia )
= 750 ke 850 Masihi

Candi Angkor Wat ( Kemboja )
= 1100 – 1200 Masihi

Sebenarnya, tapak ekskavasi amatlah luas. Ia bermula sekitar Kota Kuala Muda, kg Sg Mas, Lembah Bujang, Sungai Batu, Kg Sirih ke kawasan Jeniang.
Dianggarkan 200 tapak arkeologi namun baru di kaji lebih kurang 70-80 tapak. Bujang dalam bahasa Sanskrit, “Bujangga” bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Pelabuhan Kedah Tua adalah paling sibuk di Utara Tanah Semenanjung dan menjadi pusat perdagangan Utama Jalan Sutera Timur – Barat kerana Gunung Jerai menjadi mercu tanda pada pedagang ini singgah di pelabuhan tersebut.


Di Bukit Meriam, Kota Kuala Muda terdapat Makam Sultan Mudzaffar Shah, Sultan Kedah Pertama tapi tak sempat nak ziarah kerana hari sudah lewat.
Bermakna, tapak ini ada berkait rapat dengan Keturunan Kerajaan Merong Mahawangsa.
Raja Phra Ong Mahawangsa @ Seri Paduka Maharaja Derbar Raja di Islamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairi pada 531 H/1136 M yang digelar Sultan Al-Mudzaffar Shah l, Sultan Kedah Pertama. Kiranya satu zaman dengan Sungai Batu dan Lembah Bujang.
Akuilah, masyarakat Melayu purba ketika itu sudah mencapai tahap keilmuan dan teknologi yang jauh lebih tinggi yang pernah kita jangkakan.
Maka, terbuktilah Tamadun Melayu Purba di sini bukan satu tamadun di era zaman batu yang hidup digua semata-mata malah sudah mencapai tahap perdagangan dan pengeksport besi di benua nusantara.



Maka, berakhirlah pengembaraan aku hari ini. Seronok bila melihat bukti peradaban Tamadun Kedah Tua dengan mata sendiri.
Saya menyeru kepada masyarakat seperti guru-guru, pelajar IPT, kariah masjid dan komuniti setempat datanglah melawat ke tempat ini untuk pengemaskinian pengetahun fakta sejarah yang telah dikemaskini dan akan diedit dari semasa ke semasa. Insya-Allah, akan kembali berekskavasi di sekitar Pulau Pinang dan Kota Kuala Muda dengan penemuan-penemuan yang akan membuka mata kita.
Bila melihat batu leper di Sungai Batu agak berbeza di beberapa tempat yang telah aku ziarah dari segi warna, saiz dan susunan. Nak bagitahu, Tamadun Melayu adalah pengembara kapal terawal dalam dunia maritim, bukti pelayara membelah samudera di 7 lautan dan benua di pelosok dunia.
Jadi, inilah masanya untuk bangkitkan kisah ini di masyarakat kita. Jangan tunggu puak lain datang klaim , barulah terhegeh-hegeh nak bising itu ini sedangkan bila tanya geleng kepala.
Sumber : Pangeran Muda Al Furqan