Siakap Keli

(Video)Hutan Terbakar Teruk, 26 Anggota Bomba Terkorban Ketika Cuba Padam Api

Sekurang-kurangnya 26 orang anggota bomba dipercayai terkorban dalam usaha memadam kebakaran hutan di kawasan gunung di wilayah Sichuan, China, menurut maklumat yang dikongsikan oleh sumber kerajaan seperti dilaporkan AP News.

Punca kematian angota-anggota bomba tersebut dilaporkan akibat perubahan tiupan angin ketika usaha memadam api giat dijalankan di kawasan yang terletak pada ketinggian kira-kira 3,800 meter.

Sumber daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan tentera menyatakan usaha mencari mangsa yang hilang sedang dilakukan, bagaimanapun tidak menyebut jumlah mangsa yang terlibat.

Pusat Arahan Wilayah Barat Tentera Pembebasan Rakyat China pada awalnya meletakkan angka kematian seramai 24 orang.

Seramai 689 orang anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran untuk memadam api yang bermula sejak Sabtu lalu. Bagaiamanpun, komunikasi kali terakhir dengan pasukan bomba terbabit pada Ahad memaklumkan sekurang-kurangnya 30 orang anggota bomba telah hilang ketika operasi.

Pasukan bencana kemudian menghantar dua buah helikopter dengan staf perubatan ke lokasi kejadian dan berjaya menemui dua orang daripada 30 anggota bomba yang hilang.

Keduda-dua anggota tersebut dilapor mengesahkan kematian anggota bomba lain yang hilang.

China ketika ini berhadapan dengan kebakaran di beberapa wilayahnya sejak beberapa minggu yang lalu termasuk yang berlaku di wilayah Beijing.

Sumber : AP News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.