Siakap Keli

Polis Trafik Dirempuh Kereta Ketika Bertugas Kawal Lalu Lintas

Seorang pemandu kereta mewah telah menyebabkan seorang anggota polis nyaris maut di tengah-tengah jalan di Kuala Lumpur pagi tadi.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan anggota polis trafik terbabit dirempuh dengan kuat oleh sebuah kereta di Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

Kejadian itu dipercayai berlaku pagi tadi semasa pihak berkuasa itu sedang mengawal lalu lintas di sekitar lokasi berkenaan.

Dalam video itu, sebuah kereta jenis Mercedes Benz dilihat melanggar mangsa sehingga menyebabkannya tercampak di tengah jalan.

Sumber: Video Bernama News Channel

Nur Farra