Siakap Keli
Gambar: Izzaty Masmudin

(VIDEO)Terharu Wei, Jiran-Jiran Chinese Aku Datang Rumah Tolong Kemas Lepas Habis Kenduri Doa Selamat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Malaysia merupakan negara yang amat bertuah kerana mempunyai kepelbagaian kaum di dalamnya. Oleh itu, semangat kejiranan yang muhibbah tanpa mengenal bangsa dan agama ini haruslah dijadikan amalan oleh setiap individu di negara ini.

Semangat ini juga perlu disemai dalam diri anak muda masa kini bagi mengekalkan keharmoinian yang telah dizahirkan oleh nenek-moyang kita sejak sebelum merdeka lagi.

Baru ini perkongsian video seorang gadis di Twitter yang bernama Izzaty Masmudin telah tular kerana jiran-jirannnya yang berbangsa Cina turut sama-sama membantu keluarganya mengemas tapak majlis setelah selesai majlis kenduri doa selamat yang dibuat oleh keluarganya.

Setiap kali Tahun Baru Cina dapat limau berkotak-kotak

“Dulu depan rumah aku ada satu pokok bunga kertas besar gila, diorang ni la yang tolong potong pokok, angkat buang di tempat longgok sampah masa pokok tu tumbang”

Selalu tegur ucap “Chowsan”

“Majlis belum start lagi dah datang bantu kami”

Sumber: Izzaty Masmudin

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"