Siakap Keli

”Dapat Dengar Suara Acap, Tapi Cari Tak Jumpa,” Pendaki Sertai Misi Menyelamat Berdepan Dugaan Misteri

Namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, segenap penjuru hutan juga telah diredah untuk mencari Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap. Pelbagai pertanyaan demi pertanyaan timbul, di manakah Acap berada kerana kehilangannya tidak meninggalkan sebarang petunjuk.

Ramai yang tidak menolak kemungkinan kehilangan Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng, semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail 11 hari lalu berkaitan dengan alam mistik yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Tampil berkongsi pengalaman, sukarelawan yang terlibat dalam misi mencari pemuda tersebut. Sewaktu mencari pada waktu malam, mereka semua dapat mendengar suara Acap namun buntu tidak dapat menjumpainya. Ini bukan kes kehilangan biasa, sebagai umat Islam, kita wajib percaya dengan kewujudan ‘makhluk’ lain. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah. Mohon doa semua rakyat Malaysia agar urusan mencari Acap dipermudahkan.

Hari ke 8 pencarian Acab. Walaupun operasi SAR telah dihentikan. Namun terima kasih kepada Bomba, orang kampung, sukarelawan, ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang masih belum berputus asa meneruskan usaha.

Terharu bila tengok orang kg, pakcik makcik tua-tua bersilih ganti gigih memanjat trail. Masing-masing ada kebolehan tersendiri. Memang trail tak berapa sukar, tapi kami bukan hanya cari di trail. Agak sukar bila carian melibatkan kawasan luar trail yang ada gaung, lereng bukit, lubang2, batu² besar, semak samun yang kita takkan berani masuk dalam keadaan normal.

Abang polis geleng kepala, ini bukan kes hilang biasa

Paling kalah kalau siang di kawasan berbatu sangat-sangat panas. Itu kami, mcamana dengan Acab yang takda bekalan air? Pelbagai perkara misteri yang kami alami sepanjang pencarian siang dan malam. Abam Bomba mark peta, semua kawasan dah pangkah. Abam polis geleng kepala. Ini bukan kes hilang biasa.

Dilarang naik bukit tersebut oleh moyang

Sebak bila ada pakcik minta kami bersabar sebab dia bagitau orang kg situ terutama kg sungai itek, kg pintu padang dan kg jahang takkan berputus asa. Ada orang tua yang sejak kecil tak pernah panjat pun bukit tu sebab dilarang oleh moyang mereka. Tapi mereka tergerak hati nak naik dan tolong.

Kenapa mereka bersusah payah membantu walau mereka tak kenal Acab?  Sebab Allah yakinkan hati mereka untuk teruskan usaha.

Terima kasih juga kepada semua yang berusaha dari jauh dari pelbagai cara. (Penuh misscall dan whatsapp di telefon saya, maaf kalau ada yg saya tak reply).

Kalau tak percaya makhluk halus, dipersilakan datang membantu

Kepada mereka-mereka yang tidak percaya makhluk halus, jin dan bunian dan mempersendakan usaha kami, dipersilakan dtg dan bantu.

Kepada ahli keluarga Acab, teruskan berdoa dan jangan putus asa. Allah datangkan setiap ujian beserta hikmah.

Kami minta sebanyak mungkin doa

ps: sapa2 yang kata kami seronok-seronok hiking panjat bukit batu putih, anda memang… (netizen tolong jawabkan). Bukan masyur yang kami cari. Tujuan post ni pun untuk dapatkan sebanyak mungkin doa dari kaum manusia. Dan untuk lihatkan usaha yang dibuat. Kalau bukan saya yang tolong dedahkan, siapa lagi?

Dapat dengar suara Acap malam tadi

Saya dan rakan-rakan dapat dengar suara Acab malam tadi. Jangan tanya macam mana dengar. Itu kuasa Allah. Gambar tak boleh tepek semua, kang macam-macam teori lagi yang keluar.

Sumber : Akmal Amai

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di