Siakap Keli

Episod 1 Untuk Drama “Nur 2” Ditegur, Peminat Dakwa Pelakon Salah Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Selepas mendapat sambutan hangat menerusi siri televisyen ‘Nur’ tahun lalu, kini ‘Nur 2’ kembali menghampiri para peminat tahun ini melalui siaran TV3.

Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, siri kali ini menampilkan beberapa watak baru serta pelbagai konflik dalam meneruskan hubungan cinta sejati, suami dan isteri antara Nur dan Adam.

Berjayakah Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka?

Dalam keterujaan penonton menantikan siri ini, episod pertama yang telah ditayangkan semalam menjadi bualan netizen apabila terdapat kesalahan dalam bacaan Al-Quran menerusi babak awal.

Pengarahnya, Shahrulezad dan pelakon Atiq, mengakui kesilapan tersebut dan bersetuju untuk memperbaiki babak itu dengan bacaan yang betul.

Assalamualaikum utk para peminat drama Nur2. First eps lagi abam dah buat sangkak. Hehehe. Apa apa hal abam ambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan yg tak sepatutnya berlaku. Sebagai pengarah ambil memikul tanggungjawab ini. Ayat Alquran bukan sesuatu yg boleh dibuat silap. Silap sebutan jadi lain maksudnya. Esok bakal ditanya nanti. Takutnya. Dah lah amalan abam tak banyak mana. Huhuhu

Anyway abam dah arah pun pihak produksi untuk merakam semula baca ayat Alquran itu dengan betul dan gantikan semula utk tayangan di tonton.com dan iflix.
Yang khilaf dari abam. Sekali lagi abam dengan rendah memohon ampun dan maaf di atas kecuaian ini.

Komen daripada pelakon yang membacakan surah Ali Imran pada babak malam tadi.

Asslm saya Atiq ..minta maaf atas segala kesalahan yg saya lakukan ..terima kasih spe yg menegur..ya betul ayat al quran kita tidak bole saje2 baca takut lari maksud..

Atiq terlalu yakin dgn bacaan smpaikan salah Atiq baca ..minta maaf kerana TIDAK SENGAJA saya terbaca begitu..Allahu terima kasih sekali lagi atas teguran semua dan Atiq tak takut jika org lain tahu perkara ni Atiq sbb ini satu pengajaran tapi Atiq takut Allah tidak memaafkan Atiq sekiranya berdiam diri dan tidak memberi satu tindakan yg Atiq salah baca itu yg Atiq Takut..

so guyss Atiq harap korg maafkan kesalahan Atiq..manusia tk pernah lari dari kesilapan ..Yg baik Dtg Dari Allah Yg buruk dtg dari saya sendiri ..Sekali lagi minta maaf semua🙏🏻🙏🏻 Dan jgn risau kami akan buat recording baru Atiq perbetulkan bacaan Assalamualaikum..

Nur Farra