Siakap Keli
KTMB

KTMB Umum Tarikh Mula Jual Tiket Tren Sempena Cuti Raya Aidilfitri

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan bahawa tiket-tiket tren sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan mula dijual bermula 10 April ini bermula 8.30 pagi.

”Tiket-tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity yang dijual itu adalah bagi perjalanan di antara 1 Mei hingga 16 Jun 2019 berdasarkan jadual waktu perjalanan yang sedia ada,” kata kenyataan tersebut.

Menurut KTMB lagi, pihaknya menyediakan sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTMB bagi menampung permintaan tinggi ketika musim perayaan.

”Tiket boleh dibeli secara atas talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta di kaunter-kaunter tiket KTMB.

”Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral — Woodlands — JO Sentral) kekal seperti biasa,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web, Facebook, Twitter dan Instagram rasmi milik KTMB atau hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200.

BERITA BAIK UNTUK SEMUA📢📢KENYATAAN MEDIATIKET KERETA API ETS DAN KTM INTERCITY SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI MULA DIJUAL 10 APRIL 2019TARIKH : 1 MEI 2019 HINGGA 16 JUN 2019MASA JUALAN : 8.30 pagi

Posted by KTM Berhad on Tuesday, April 2, 2019

Sumber: KTMB

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.