Siakap Keli
Gambar : Pmr Penerangan Daerah JB

Lapan Rumah Setinggan Di JB Musnah Dalam Kebakaran

Johor Bahru : Lapan rumah setinggan di Jalan Usaha 2, Kampung Usaha Jaya di sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba Suhaimi Jamal, kejadian kira-kira 2 pagi itu menyebabkan empat rumah musnah seepnuhnya sementara empat lagi terbakar pada bahagian dapur.

Kejadian menjejaskan 16 individu yang mendiami rumah terbabit namun kesemuanya sempat menyelamatkan diri, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya kebakaran juga merebak dengan cepat memandangkan struktur rumah yang diperbuat daripada kayu.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 41 anggota dan 10 jentera daripada BBP Larkin, Tebrau dan Skudai serta anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam dan warga kerja Tenaga Nasional Berhad.

“Kita berdepan sedikit cabaran ketika pemadaman kerana laluan di kawasan itu sempit, tekanan air pula rendah selain susun atur rumah terlibat terlalu rapat,” katanya menambah api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 4.47 pagi.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.