Siakap Keli

Malaysia Bakal Perkenal ‘Durian Tourism’ Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020

Malaysia mengambil langkah baru dalam menarik pelancong asing tidak lama lagi. Inisiatif ‘Durian Tourism’ adalah bertujuan untuk menggalakan kemasukan pelancong asing selain meningkatkan pendapatan rakyat yang turut menjalankan perniagaan yang berkaitan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata bahawa pelancong yang akan menjadi sasaran mereka ketika inisiatif ni dilancarkan ialah China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat. Sim Tze Tzin juga berpendapat bahawa startegi ini akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat.

“Inisiatif ini juga akan meningkatkan sumber kekayaan yang baru demi semua rakyat Malaysia seperti pemandu Grab atau teksi, pengusaha rumah inap dan sebagainya. Jadi ‘Durian Tourism’ ini lebih menguntungkan rakyat Malaysia” tambah beliau lagi.

Inisiatif ini juga turut dibantu oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengadakan beberapa pakej pelancongan yang melibatkan ‘Durian Tourism’ menjelang tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia. Pihaknya juga akan menggalakan lagi agropelancongan bermula sekarang untuk terima kedatangan pelancong tahun hadapan.

Beliau berkata demikian apabila Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang bertanya mengenai status terkini kebenaran mengenai eksport buah durian sejuk beku dalam bentuk biji ke negara China. Bagi pengekspotan tersebut, Malaysia sudah menandatangani protokol pada 20 Ogos 2018 di Beijing, China.

“Sungguhpun begitu, pengeksportan hanya boleh bermula setelah kemudahan dan ladang yang mematuhi syarat protokol diluluskan oleh General Administration of Customs of The People’s Republic of China (GACC),” kata Tze Tzin.

Beliau mengujar lagi, melalui rundingan terkini pihak Kementerian pada Februari 2019, pihak GACC bersetuju untuk mula menjalankan pemeriksaan kemudahan dan ladang di Malaysia.

Pemeriksaan oleh GACC bagi kumpulan pertama permohonan bakal dijalankan pada Mei ini.

Sumber: Berita MediaCorp

 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia