Siakap Keli
BERNAMA

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Kedah, Pulau Pinang Dan Perak Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan infografik amaran ribut petir di beberapa kawasan di sekitar tiga buah negeri di Utara tanah air.

MetMalaysia meramalkan akan berlaku kejadian ribu petir di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga pukul 5 petang ini.

Di Kedah, amaran dikeluarkan bagi kawasan-kawasan Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala bagi Pulau Pinang amaran dikeluarkan bagi kawasan-kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang merupakan kawasan-kawasan amaran dikeluarkan bagi Perak.

Sumber: MetMalaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.