Siakap Keli
Gambar Kredit: Blog Lonerangerzue

Misteri Sedekad Lalu Tinggal Tanda Tanya, Hanya Syair Jadi Petunjuk Kehilangan Pendaki, Hassan Ayat

Sedang kecoh sekarang misi pencarian peserta Gopeng Ultra Trail, Mohd Ashraf yang hilang sudah lebih 10 hari dan tidak dapat ditemui sehingga ke hari ini.

Ada segelintir netizen berpendapat kehilangannya sama seperti seorang pendaki yang turut hilang pada tahun 2009 lalu.

Insiden 15 Februari 2009 diingati sehingga ke hari ini melibatkan mangsa, Mohammed Hassan Ayat dari Bangi, Selangor yang sesat ketika menuruni Gunung Yong Yap.

Gambar Kredit: Blog Jenalothman

Misi pencarian Hassan Ayat sama seperti Ashraf.  Melibatkan puluhan sukarelawan, anggota polis, Unit Udara PolisDiraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk setempat diketuai Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Aziz Hassan pada ketika itu.

Selepas hampir sebulan pencarian, pada 8 Mac 2009, pencarian dihentikan kerana tidak ada sebarang petunjuk positif keberadaan Hassan Ayat.

Menurut rakan-rakan pendakian yang terlibat dalam misi pencarian Hassan memberitahu, pelbagai kaedah telah digunakan untuk mencari Hassan, termasuk bacaan Yassin dan solat hajat.

Gambar Kredit: Blog Jenalothman

Dalam pada masa yang sama, rakan pendakian yang membantu dalam misi pencarian didakwa terlibat dalam satu kemalangan ngeri sebaik turun daripada Gunung Yong Yap sehingga meragut nyawanya.

Tragis kisah Hassan Ayat sehingga kini masih menjadi misteri kerana tiada satu pun petunjuk memberi tanda keberadaan Hassan.

Segelintir daripada pengamal perubatan alternatif berpendapat terdapat unsur mistik dalam kes ini.

Gambar Kredit: Blog Lonerangerzue

Tinggalan syair terakhir Hassan, menguatkan lagi firasat mereka bahawa Hassan dengan rela hati mendiami ‘alam’ yang satu lagi.

Namun, siapalah kita untuk menduga.  Allah maha mengetahui.

Kisah Hassan Ayat masih menjadi misteri bersama syairnya yang memberi seribu erti.

Tajuk: Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai

Ada sebatang sungai, 

Yang menghubungi dua air terjun, 

Dari dua puncak gunung yang berlainan, 

Ada seorang lelaki tua, 

Yang sedang bermeditasi, 

Ditepi sungai itu, 

Pada pagi yang dingin, 

Aku menghampiri lelaki itu, 

Lalu duduk di sebelahnya, 

Tanpa menoleh padaku, 

Lelaki itu berkata, 

“Tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai akan menjadi naga”

Aku terlelap seketika, 

Dalam mimpiku, 

Aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku, 

Dengan pedang berkilau tajam, 

Serangan mereka aku patahkan, 

Dan topeng kubuka satu-persatu, 

Wajah-wajah lelaki itu, 

Mirip wajah tampanku, 

Aku terjaga dari lena, 

Lelaki itu masih disebelahku, 

Tanpa menoleh padanya, 

Lelaki tampan ini berkata, 

“Sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri”

20 November 2008

Sumber: Rastamatchant Blog, Wikipedia, Lonerangerzue Blog

Nur Farra