Semenjak kehilangan Acap pada 23 Mac lalu, ratusan sukarelawan serta pasukan penyelamat telah turun padang dalam usaha membantu mencari keberadaannya.
Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.
Dalam masa yang sama, ramai juga diantara netizen yang memberi cadangan mahupun dapat melihat visual secara maya keberadaan Ashraf di kawasan gunung tersebut.
Melalui Group Hiking And Recreation Around Malaysia (HARAM), seorang individu yang turut terlibat dalam pencarian Ashraf menyenaraikan 19 cara yang telah digunakan sepanjang operasi.
Kaedah / kawasan pencarian yg telah dibuat sepanjang operasi.
1. Pencarian melalui trek asal 25km
2. Pencarian dipuncak Bt Putih
3. Pencarian di Bukit Ratteh
4. Pencarian di semua kawasan isyarat pancaran telco
5. Pencarian di air hingga ke tronoh mines
6. Pencarian mengguna alat pengesan khas olh 2Briged
7. Pencarian mengguna tali turun tebing olh bomba
8. Pencarian guna anjing pengesan
9. Pencarian guna imam / ustaz
10. Pencarian olh ibu mangsa bersama ustaz
11. Pencarian guna pawang / bomoh
12. Pencarian atas firasat rakan2 online
13. Pencarian guna drone
14. Pencarian guna heat detector
15. Pencarian secara rondaan motorsikal
16. Pencarian olh unit senoi praaq (unit khas polis asli)
17. Pencarian olh org kampung
18. Risik balas olh pihak berkuasa pd smua maklumat pribadi yg brkenaan
19. Pencarian oleh geng hikers
Itu semua kaedah yg diguna pakai..
Sehingga saat ini, masih lagi tiada apa2 petanda. Harap maklum.
Muzs
MOSAR