Siakap Keli

Tiket Avengers: Endgame Sudah Boleh Mula Ditempah Untuk Semua Panggung Wayang Utama

Semalam, semua panggung wayang utama Malaysia sudah mengumumkan di laman media sosial masing-masing bahawa tiket filem Marvel Avengers: Endgame sudah boleh ditempah melalui atas talian.

Panggung wayang tersebut termasuklah, Golden Screen Cinema (GSC), Tanjong Golden Cinema (TGV) dan MCAT Box Office (MBO). Peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah pasti tidak sabar untuk menonton filem yang paling dinantikan seluruh dunia tahun ini.

Untuk rekod, filem Infinity Wars sebelum ini berjaya mengutip keuntungan sehingga $2.048 billion dan menjadikan filem ini satu-satunya filem adiwira yang berjaya mengutip paling banyak keuntungan.

Dalam pada itu, Marvel juga turut mengesahkan filem Avengers: Endgame kali ini durasi paling lama pernah diterbitkan dalam sejarah MCU iaitu selama 3 jam 2 minit.

Sumber: GSC, TGV, MBO

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)