Siakap Keli

Semuanya Kami Telah Cuba, Sukarelawan Mohon Maaf Gagal Cari Acap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Misi pencarian Mohd Ashraf yang hilang sejak 23 Mac lalu masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Dia yang merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail telah didakwa hilang selepas menyedari tidak tiba di garisan penamat pada masa yang ditetapkan.

Sebelum ini, melalui Facebook rasmi Seladang Perak, turut menyeru orang ramai untuk membantu mencari Ashraf memandangkan pihak berkuasa dijangka menamatkan pencarian mengikut prosedur.

Kehilangannya dijejaki selama beberapa hari ini, namun tiada sebarang petanda dijumpai.

Catatan salah seorang sukarelawan yang melibatkan diri dalam pencarian sepanjang kehilangannya berkongsi rasa kesal dan mistik melalui proses itu.  Muhammad Yusof dalam perkongsiannya itu turut memohon maaf kerana usahanya menemui jalan buntu.  Semoga rakyat Malaysia terus berdoa.

Sudah 12 hari acap hilang

Kami tak putus asa mohd asyraf b hassan .
Tapi kami sudah pun menyerah kepada Allah swt yang selebihnya.

Segala kerja kami di sini sudah pun telah kami buat tapi malangnya kami tidak dapat menemui titik titik tanda tentang saudara.  Walaupun cara zahir mau pun tidak zahir.  Semuanya telah kami lakukan. Solat hajat, solat ghaib, doa-doa sampingan serta ritual ritual yang sempurna juga di jalankan dengan segera tanpa tidak sedikit membuang waktu.

Ya kami gagal temui acap, namun Sekarang dalam firasat dan kiraan, hanya menghitung hari dalam 1 minggu ini.  Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan

Walau pun kami pulang, doa kami selalu mengiringi kamu.
Biarpun kita tak pernah bersua, setiap trail yang kami pergi dan segala gua yg kami terjah semuanya menggamit kenangan bersama kita. Walaupun semuanya berat dan sgt berat buat kami utk tinggalkan acap, 12hari acap masih tak kembali lagi ke pangkuan family pd hari ini.

Dan Azai harap acap dengar lah doa kami.  Bukalah pengera gayung dan jiwa acap.  Sedarlah daripada pandangan yg tidak sahih dan kembali lah kepada kita semua.

Banyak pengalaman Azai Acap, bila dok sana.
Gangguan demi gangguan tu biasa.  Kena tepuk, kena tarik pipi, gangguan emosi dan perasaan segalanya bermacam bau.

In sha Allah Acap …
Ptg ni team Azai dari melaka dan jb akan turun pulak kt Acap.  kalau ada hint yg betul2 dekat in sha Allah Azai dan team kedah akan p dekat Acap n family.

Minta maaf buat semua ats kegagalan Azai dan team.  Sekurangnya kami berusaha dan mungkin setakat ini lah keupayaan kami. In sha Allah semoga dalam 1 minggu ini apa yg firasat Azai katakan berhasil dengan Izin Allah.

Semoga Ada yg dapat pesanan kerohanian yg kami tinggalkan pada jejak jejak acap.

Sumber: Muhammad Yusof

Nur Farra