Siakap Keli

“Dalam Kerajaan Tak Dibenarkan Terima Hadiah,” Dr. Mahathir Tegas Isu Anggota Kerajaan Terima Suapan Untuk Luluskan Projek Bawah Kementerian Terlibat

Tun Mahathir ketika ditemui selepas menandatangani perjanjian KA Petra Sdn Bhd dan Hutchison Port Holdings Limited menegaskan bahawa mana-mana anggota kerajaan tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah daripada pihak ketiga.

“Jika seseorang menerima sesuatu sebelum menyertai kerajaan itu maswah mereka, bukan masalah kita.

Isu ini dibahaskan susulan isu seorang setiausaha politik menteri yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuab Malaysia (SPRM) sebaik didakwa menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega bernilai RM28,000.

Memetik laporan Bernama, suapan itu dibuat bagi meluluskan beberapa projek dibawa seliaan kementerian terbabit.

“Hanya apabila anda bekerja dalam kerajaan anda tidak dibenarkan menerima hadiah,” katanya.

Nur Farra