Siakap Keli

Elak Tersesat, Lelaki Kongsi Tips Persiapan Buat Pendaki Yang Baru Nak ‘Join’ Aktiviti Gunung

Aktiviti pendakian bukanlah sesuatu yang perkara yang mudah.  Pelbagai aspek perlu dititikberatkan kerana permukaannya yang tidak rata mendatangkan risiko kepada pendaki.

Terkini misi pencarian Ashraf sudah beranjak kepada hari yang ke-15.  Kehilangannya menimbulkan pelbagai teori termasuk masuk campur ‘makhluk’ lain.

Sehingga saat ini, seluruh rakyat Malaysia tak pernah jemu mengharapkan keselamatan Ashraf dan semoga ditemui dalam tempoh masa yang terdekat.

Susulan kejadian ini, Hisyam Rockku melalui group Hiking & Campaign Around Malaysia berkongsi tips persiapan untuk para pendaki gunung baru bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.

Persiapan Untuk Pendaki Gunung Yang Baru

Keselamatan adalah perkara yang amat penting ketika melakukan aktiviti luar. Anda memerlukan pengetahuan, pengalaman dan peralatan yang sesuai dan berfungsi untuk melakukan aktiviti pendakian perkhemahan dan pengembaraan.

Tips sebelum mula mendaki :

1. Pilih kawan2 yang mempunyai pengalaman: Sebelum menjalani aktiviti pendakian, adalah lebih baik jika anda dapat mendaki dengan kawan yang berpengalaman luas, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.

2. Stamina yang kuat untuk mendaki: Berjongging serta latihan stamina sekurangnya 1 atau 2 bulan sebelum pendakian dan anda WAJIB memastikan kawasan yang bakal di daki itu bersesuaian dengan tahap stamina dan kemampuan anda. Mendaki bukit/gunung yang di luar kemampuan kecergasan anda boleh menyebabkan kecederaan.

3. Bersama kumpulan yang berkemahiran: Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dengan kumpulan yang berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian.

4. Mesti menyediakan peralatan peribadi: Jangan beri alasan yang tidak munasabah untuk membawa peralatan peribadi. Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yang sesuai. Malah ada juga yang mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja.

5. Tinggalkan pesanan kepada keluarga atau saudara terdekat: Beritahu perjalanan anda kepada keluarga atau saudara sebelum keluar mendaki.

6. Mengamalkan sikap hormat alam dan hargai alam semulajadi: Jangan cuba mengganggu kehidupan alam dengan melakukan kerosakan dan kekotoran. Anda diwajibkan mengalakan sikap 3R iaitu ‘RECYCLE, REUSE, REDUCE.’

Sumber: Hisyam Rockku

Nur Farra