Siakap Keli

Hampir 90K Perkongsian, DIY ‘Pepper Spray’ Guna Cili Ini Wajib Ada Dalam Beg Perempuan

Isu jenayah dan wanita tidak boleh dipertikaikan lagi. Oleh itu, sebagai persediaan melindungi diri, perisai atau pedinding diri amat diperlukan . Salah satunya adalah ‘pepper spray’ yang merupakan satu alat yang direka khas ketika diserang oleh penjenayah.

Mendapat hampir 90k perkongsian, tutorial DIY ‘pepper spray’ menggunakan cili seperti yang dikongsikan oleh seorang gadis Marry Ferjel Babasa ini mungkin boleh dijadikan panduan. Kos yang murah dengan cara yang mudah, rugi tak cuba! Mana tahu berguna di waktu kecemasan nanti?

Bahan-bahan yang diperlukan :

Pertama, beli satu botol penyembur. Ianya bergantung kepada saiz yang anda mahukan. Saya pilih saiz yang mudah dibawa dan penyerang tidak dapat menyedari botol ini ketika dikeluarkan daripada bag. Okay seterusnya!

Kedua, beli cili pedas. Lebih banyak lebih elok tetapi bergantung dengan saiz botol muat atau tidak. Okay seterusnya.

Akhir sekali, potong cili tersebut kepada bahagian-bahagian kecil dan masukkan cili yang dipotong ke dalam botol berkenaan. Masukkan air dan goncang.

Ps : Basuh tangan selepas melakukan kaedah ini. Cuba sembur pada plastik atau kertas dan hidu baunya. Jika berbau kuat, ‘pepper spray’ anda sudah cukup ‘pedas’ untuk disembur ke mata penjenayah.

Sumber : Marry Ferjel Babasa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di