Siakap Keli

Kempen ‘Jom Mencari Asyraf Secara Besar-Besaran’ Boleh Jejas Fokus Agensi Menyelamat – Bomba

Misi pencarian Ashraf telah melibatkan puluhan malah ratusan penyelamat termasuk orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu sepanjang lebih 12 hari ini.

Walau bagaimanapun, pintu masuk utama ke kawasan pendakian tersebut baru-baru ini ditutup disebabkan oleh jumlah kunjungan yang terlalu ramai sehingga berlaku perkara yang tak diingini.

Facebook Bomba Perak dalam satu kenyataannya hari ini turut menerangkan penularan kempen ‘Jom Mencari Asyraf Secara Besar-Besaran’ yang dipercayai akan menyukarkan lagi proses pencarian.

INFO BOMBA PERAK
Berkenaan satu penularan info dari public

*Jom Mencari Asyraf Secara Besar-besaran*
Adalah dimaklumkan JBPM Negeri Perak tidak terlibat bagi hal berkenaan.  JBPM Negeri Perak menasihatkan agar orang awam dapat memberikan kerjasama kepada operasi
mencari oleh pihak berkuasa yg terlibat kerana *viral* tersebut boleh akan menyebabkan:

1) Kehadiran orang awam yang ramai boleh menyebabkan keharmonian di sekitar kampung akan terjejas.

2) Mengganggu FOKUS pencarian oleh agensi penyelamat.

3) Aspek keselamatan kerana terdapat punca penyebab di dalam kawasan berkenaan seperti contoh gambar yang dijumpai oleh pihak bomba.

Adalah dinasihatkan agar sebarang pergerakan masuk perlu merujuk kepada pihak Polis/Bomba/Agensi keselamtan di Post Kawalan pencarian utk mengelak sebarang kejadian tidak di ingini berlaku.

Sekian terima kasih.

Nur Farra