Siakap Keli
Gambar: MySuncoast.com

Remaja Umur 13 Tahun Sanggup Jual Jual Xbox Kesayangan Untuk Hadiahkan Kereta Kepada Ibunya

Seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun telah bertindak menggadaikan permainan video Xbox miliknya serta mengambil upah dengan membuat kerja-kerja rumah demi menghadiahkan sebuah kereta kepada ibunya.

William Preston yang berasal dari Nevada itu menyedari akan kesukaran ibunya dalam menguruskan keluarganya tanpa kereta lalu nekad untuk membantu ibunya itu dengan menghadiahkan sebuah kereta bagi memudahkan urusan seharian ibunya.

Gambar: WTTE

“Disaat saya rasa seperti sudah tidak berdaya, muncul anak saya memberi kekuatan untuk saya berdiri kembali dan meneruskan kehidupan saya bersama mereka. Setiap orang pasti akan menghadapi dugaan dalam menempuh kehidupan seharian mereka, namun setiap dugaan pasti akan ada hikmah serta ganjaran yang akan diperolehi seseorang itu.” Ujar ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata itu.

William Preston yang merupakan anak sulung itu berpecah peluh dengan mengambil upah membuat kerja-kerja rumah seperti membersihkan halaman, memotong rumput dan lain-lain lagi di sekitar kejiranannya.

Sebagai anak yang sulung daripada 3 orang adik beradik itu, dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak lelaki yang bertanggungjawab menyumbang serta menjaga keluarganya itu.

Gambar: Google News – Overview

“Saya ada terlihat banyak video-video di YouTube tentang  anak-anak yang membuat kejutan menghadiahkan kereta kepada ibu mereka,” kata William. “Sesudah saya menonton video-video tersebut, secara tak langsung ianya telah mempengaruhi saya untuk turut melakukan perkara yang sedemikian”.

Semasa William sedang melayari Facebook, dia ada ternampak akan satu iklan yang dibuat oleh seorang wanita yang ingin menjual sebuah kereta jenis Chevrolet Metro dengan harga yang murah.

“Saya dapati kereta yang mahu dijual itu sangat murah lalu saya terus bertanya kepada pemiliknya itu sama ada saya boleh membuat pertukaran atau apa-apa urusan jual beli untuk mendapatkan kereta tersebut dengan harga yang berpatutan. Pada mulanya wanita itu tidak bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh saya, namun selepas dia memikirkan kembali, wanita itu akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut,” ujar William.

Selepas berjaya mengikat tawaran bersama wanita itu, hasratnya untuk menggembirakan serta memudahkan ibunya itu menjadi realiti. Dia kemudiannya balik ke rumah untuk memberitahu berita baik itu kepada ibunya.

 

Gambar: WRAL.com

“Ibu, tengok di luar apa yang saya belikan untuk ibu,” terang William semasa memberitahu berita itu kepada ibunya.

Ibu William pada mulanya tidak mempercayai tentang perkara itu, namun selepas William memimpin ibunya ke luar rumah, ibunya terkejut dan terus menangis sambil memeluk William kerana tersentuh akan perkara yang dibuat oleh anaknya itu.

Gambar: WSLS.com

“Saya berasa kaku serta tersentak selepas melihat kereta yang dihadiahkan anak saya itu”.

“Walaupun kereta itu bukanlah baru dan memerlukan sedikit kerja-kerja pembaikan, ianya sudah cukup sempurna untuk saya”. Ujar Krystal.

Krystal yang langsung tidak menjangkakan akan perkara itu tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa kata terhadap anaknya itu. Sebagai ibu, dia berasa sangat gembira serta bangga akan perkara baik yang dibuat oleh anaknya itu serta berharap bahawa kebaikan yang ditunjukkan oleh anaknya itu menjadi teladan buat semua orang.

Sumber: Daily News

Aqmal Ezany

I write what is right