Siakap Keli

Sebabkan Kematian Lebih 50 Jemaah Masjid, Penyerang Christchurch Berdepan 89 Pertuduhan

Penyerang dua buah masjid di Christchurch, New Zealand bulan lepas yang dihadapkan ke mahkamah bakal berhadapan dengan 50 pertuduhan membunuh dan 39 pertuduhan cubaan membunuh, lapor The Guardian yang memetik laporan daripada pihak berkuasa New Zealand.

”Kami sedang meneliti pertuduhan-pertuduhan lain yang boleh dikenakan,” kata jurucakap polis.

Brenton Tarrant, 28, berasal daripada Australia sebelum ini yang dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan hanya dikenakan satu pertuduhan membunuh sebelum dihantar ke penjara.

Insiden serangan bersenjata yang berlaku pada 15 Mac lalu itu dianggap sebagai serangan pembunuhan paling buruk dalam sejarah New Zealand. Rakyat Malaysia antara mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

Susulan serangan berkenaan, kerajaan Parlimen New Zealand segera melakukan pemindaan terhadap undang-undang pemilikkan senjata api.

Antara langkah yang mahu diambil oleh kerajaan adalah untuk mengharamkan semua senjata api gred tentera dan membeli semula semua senjata-senjata yang diharamkan daripada orang awam.

Insiden serangan berdarah di Christchurch mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia terutamanya dalam komuniti Islam.

Sumber: The Guardian

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.