Siakap Keli

Singapura Naikkan Bayaran Masuk Kasino Kepada Rakyatnya Sebanyak 50%

Rakyat dan penduduk tetap Singapura (PR) akan membayar levi 50% lebih tinggi jika mereka ingin memasuki dua resort kasino bersepadu (IR) mulai 4 April. Berikutan undang-undang ini juga, kerajaan Singapura tetap akan meneruskan usaha untuk memastikan masalah perjudian terus terkawal.

Undang-undang terbaru ini telah diumumkan oleh kementerian-kementerian perdagangan dan perusahaan, kewangan, hal ehwal dalam negeri dan pembanggunan sosial dan keluarga.

Sebelum ini, levi bagi rakyat dan PR di Singapura ialah sebanyak $100 namun selepas undang-undang ini dikuatkuasa, levi baru yang dikenakan adalah sebanyak $150 dan levi tahunan ialah sebanyak $3000 yang sebelum ini ialah $2000 sahaja.

Langkah tersebut diumumkan di tengah-tengah rancangan industri permainan untuk memperluaskan operasi mereka, dengan Marina Bay Sands dan Resorts World Sentosa memberi komitmen sekitar S$9 bilion dalam pelaburan bukan berkaitan permainan

Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembanggunan Sosial dan Keluarga, kenaikan levi ini adalah salah satu cara untuk mencegah tabiat perjudian tidak terkawal dan secara sosial.

Dalam proses untuk menaikan levi kenapa umum, terdapat banyak faktor yang diambil kira termasuklah masalah perjudian, pendapatan sesebuah keluarga dan bayaran masuk tempat perjudian di rantau ini.

Sumber: Berita MediaCorp

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia