Siakap Keli

(Video)”Kalau Saya Tak Tolong, Siapa Lagi”, Sahabat Sejati Pikul Rakan OKU Ke Sekolah Setiap Hari Selama 6 Tahun

Seorang remaja berusia 12 tahun ini mungkin layak digelar sebagai sahabat sejati apbila sanggup memikul rakan sekelas, yang juga Orang Kelaianan Upaya (OKU) ke sekolah setiap hari, sejak 6 tahun lepas.

Xu Bingyang, 12, rela menjadi ‘kenderaan’ kepada Zhang Ze tidak kira apa pun cuacanya. Bukan itu sahaja, Xu turut membawa kemana sahaja Zhang mahu pergi, sama ada ketika ke kantin untuk makan atau atau bergerak ke kelas berbeza untuk subjek seterusnya.

Kisah persahabatan dua remaja lelaki berasal daripada Bandar Meishan, wilayah Sichuan ini juga pernah mendapat liputan media tempatan. Xu berkata, dia gembira dan berbangga kerana dapat memberi khidmat kepada rakannya yang dalam kesusahan.

”Berat saya melebihi 40 kg manakala Zhang cuma seberat 25 kg. Jadi saya tidak mempunyai masalah untuk memikulnya ke mana-mana,” kata Xu.

Zhang pula ketika di tanya media memberitahu bahawa dia terhutang budi dengan Xu diatas kebaikannya.

”Xu adalah rakan karib saya. Setiap hari kami belajar dan bermain bersama-sama. Terima kasih Xu kerana menjaga saya selama ini,” kata Zhang pula.

Xu dan Zhang merupakan pelajar Gred 6 di Sekolah Rendah Hebazi. Zhang didiagnosis dengan penyakit otot yang jarang-jarang berlaku sejak umur 4 tahun lagi. Penyakit ini dikenali sebagai myasthenia gravis dan tidak ada penawar membuatkan Zhang kehilangan upaya untuk mengawal fungsi otot-otot kakinya. Zhang tidak boleh berjalan.

Bercakap kepada Chengdu Economic Channel, Xu menganggap Zhang sebagai tanggungjawabnya.

”Saya lebih besar daripadanya. Jika saya tidak membantu, saya fikir tiada siapau akan menghulurkan bantuan,” katanya yang berhadapan kesukaran untuk membawa Zhang di atas belakangnya.

Menurut Xu, dia memerlukan masa selama 3 minit berjalan untuk membawa Zhang ke tandas yang terletak hanya 70 meter daripada kelas.

Sekiranya Zhang mahu melepaskan hajat, Xu akan memimpin tangan Zhang ataupun mengangkatnya dari tepi ke tandas. Tetapi apabila perlu bergerak melalui tangga, Xu akan memikul Zhang diatas belakangnya.

”Untuk bertahun-tahun, Xu terus membuat kebaikkan dan tidak pernah merungut di hadapan kami serta rakan-rakannya,” kata salah seorang gurunya.

Malah, Xu sendiri tidak pernah memaklumkan perkara tersebut kepada ibubapanya. Mereka mengakui kebaikkan yang dibuat oleh Xu hanya diketahui melalui pelajar-pelajar yang lain.

Ujar Xu, apbila dewasa kelak dia mahu terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan menghulurkan bantuan kepada lebih ramai insan yang memerlukan.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_q-1b4wXLLA]

 

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.