Siakap Keli

(Video)Memang Profesional, Aksi Penyeluk Saku Kota Paris Tangah ‘Buat Kerja’ Berjaya Dirakam Pelancong Malaysia

Bercuti ke luar negara memang mengujakan sesiapa sahaja. Kota-kota besar di Eropah seperti Paris, Milan, Madrid, Barcelona, London dan Mancherster sentiasa menjadi pilihan untuk dikunjungi sekiranya berpeluang suatu hari nanti.

Namun bukan semuanya indah di tempat orang. Dimana-mana sahaja, jenayah pasti ada, lebih-lebih lagi di lokasi tumpuan utama pelancong.

Aktiviti penyeluk saku adalah salah-satu jenayah yang boleh berlaku dan anda mungkin boleh menjadi mangsa tanpa anda sedari seperti yang terakam di dalam video yang dikongsikan oleh Naufal Bakhudin ketika berada di Paris baru-baru ini.

Gerak-geri 2 orang wanita dipercayai warga tempatan sedang mengekori mangsa sebelum kedua-duanya melakukan jenayah curi berjaya di rakam melalui kamera aksi, GoPro miliknya.

Walaupun berada di tempat awam dan hari yang siang, seolah-olah tiada siapa pun yang perasan dengan insiden berkenaan dan bagi Naufal sendiri mengakui tiada sesiapa pun yang menyedari walaupun mereka bergerak dalam kumpulan yang besar.

Saksikan video yang dikongsikan Naufal dibawah, semoga ia memberi pengajaran kepada anda semua ketika melancong ke luar negara nanti.

Sumber: Naufal Bakhudin

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.