Siakap Keli

“Meremang, Seram, Menginsafkan,” Tengok Cara ‘Imam’ Ni ‘Basuh’ Hantu Sambil Selit Pesanan Buat Netizen Kagum

Sekarang hantu pun naik pelik kenapa susah sangat nak jumpa abang lori.  Bosan tak tahu nak kacau siapa atas jalan raya.

Apa yang dah jadi dekat semua abang-abang lori tu? Video ni akan BONGKARKAN segala-galanya.

Beberapa minggu lalu, negara diselubungi jerebu tebal dengan rekod bacaan berbeza disetiap kawasan.  Dua kawasan mencatatkan rekod udara tidak sihat iaitu Shah Alam dan Putrajaya dengan bacaan IPU melebihi 105.

Keadaan ini sekaligus menyebabkan ruang udara kawasan mulai ‘kasar’ dengan kabus tidak sihat.

Tak kesian ke kita dengan anak-anak kecil yang terpaksa dihadkan pergerakan mereka disebabkan pencemaran ini?

Sampai bila kita mampu hirup udara ‘beracun’?

via GIPHY

Klasifikasi primer pencemaran udara yang menghasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida biasa dilepaskan melalui kenderaan, kilang-kilang yang mengeluarkan asap, pembakaran terbuka dan bahan tercemar.

Kandungan ini mempengaruhi pengangkutan oksigen dalam darah sekaligus membuatkan rata-rata kita mengalami mengantuk yang kerap, lelah dan penyakit berkaitan paru-paru.

Menurut statistik Kementerian Pengangkutan pada tahun 2013, data menunjukkan sebanyak 17,368,234 kenderaan berada di atas jalan raya berbanding 14,271,570 pada tahun 2009 dan sejumlah 173,226 kenderaan pengangkutan awam yang berada di jalan raya di seluruh negara pada tahun lalu mengeluarkan 7.07 tan metrik karbon dioksida setahun.

Jika kita MEMILIH untuk mengutamakan penggunaan gas asli ataupun perkhidmatan pengangkutan awam, impaknya terlalu besar apabila ia mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan paling penting udara akan jadi semakin bersih.

Semua pun rasanya dah tahu bagaimana fungsi ‘Natural Gas for Vehicle’ (NGV) yang merupakan bahan api mesra alam ini memberikan impak yang baik terhadap ekonomi dan individu sendiri dalam penjimatan kos.

Kebaikan gas asli ini sangat ketara apabila ia mengekalkan penjimatan berbanding petrol sebanyak 70% serta tidak mencemarkan alam sekitar.  Malah, kenderaan juga boleh bergerak dalam jarak lebih jauh.

Untuk rekod semasa NGV mencatatkan harga penggunaan pada RM8 untuk jarak perjalanan sejauh 160km, jika dibandingkan dengan petrol mencatatkan pada harga sekitar RM30-RM40 untuk jarak yang sama.

Mahukah kita bernafas dalam udara yang diracuni bahan tercemar dan gas tidak diperlukan?  Dalam satu kajian mendapati seramai 8.8 juta manusia mati di seluruh dunia disebabkan oleh pencemaran udara. Ia berkali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian disebabkan kemalangan jalan raya.

via GIPHY

Jadi, yang mana harus korang PILIH?

Nur Farra