Siakap Keli

Tiket Konsert Westlife Ogos Ini Mula Dijual Minggu Depan, Tiket Paling Murah Berharga RM 273

Bulan lepas, peminat-peminat musik dikejutkan dengan berita gembira apabila kumpulan musik popular suatu ketika dahulu, Westlife bakal mengunjungi Malaysia untuk mengadakan konsert.

Sejak itu, pelbagai pihak tertanya-tanya mengenai tiket dan semalam, pengangjur konsert, Macpie Pro melalui Instagram memaklumkan info-info berkaitan penjualan tiket.

Buat semua peminat Westlife yang tak sabar-sabar untuk menanti kehadiran kumpulan musik kesayangan anda, tiket pre-sale boleh mula dibeli bermula minggu depan pada 13 April bermula 11 pagi di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya manakala tiket secara atas talian pula akan mula dijual pada 14 April bermula 12 tengah hari.

Westlife dijadualkan akan tiba di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Ogos ini dan konsert mereka akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket-tiket dijual bermula harga RM 273 hingga RM 693.

Antara lagu-lagu popular yang pernah didendangkan kumpulan ini dan menjadi siulan anak muda satu ketika dahulu adalah My Love, If I Let You Go, Seasons In The Sun dan Unbreakable.

View this post on Instagram

It's time to sing your hearts out as Westlife is ready to make your hearts beat faster than ever before! Mark the dates below in your calendar. . 📌Pre-Sale Ticket: 13 April 2019, 11am (Local) at Atria Shopping Gallery. 📌Online Ticket Sales: 14 April 2019, 12pm onwards (Local). Ticket price: RM 693 (VIP ZONE), RM 573 (RED ZONE), RM 483 (YELLOW ZONE), RM 373 (PURPLE ZONE), and RM 273 (GREEN ZONE). Ticketing website: www.macpiepro.com Ticketing mobile app: MMspot App Download the MMspot App now! iOS: https://itunes.apple.com/my/app/mmspot/id1156767294?mt=8 Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.mcalls.mspot #Westlife #WestlifeTwenty #Crazy20 #MacpiePro #UniversalMusicMalaysia @westlife @shanefilanofficial @kianegan @markusmoments @nickybyrneinsta @universalmusicmalaysia @universalmuzikmy

A post shared by MacpiePro (@macpiepro) on

Sumber: Macpie Pro

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.