Siakap Keli

Tular Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Keluarga Ungkap Kisah Pilu Disebaliknya

Viral semalam di laman Facebook dan Instagram foto seorang wanita yang tidur di atas kubur. Foto tersebut nyata telah menimbulkan beribu persoalan dari masyarakat tentang punca sebenar insiden itu. Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain. Kejadian sayu itu dilaporkan berlaku di daerah Demak, Indonesia.

Kelihatan seorang wanita berbaring di atas kubur (Gambar : Tribunnews)

Menurut sumber, wanita terbabit adalah seorang ibu yang telah ‘kehilangan’ anak sulungnya. Anaknya itu merupakan seorang gadis yang berusia 16 tahun meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Tambah menyedihkan apabila sumber mendedahkan bahawa anak gadis wanita itu telah terkorban akibat tragedi langgar lari.

Benarlah kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Akibat terlalu sayang kepada anak gadisnya itu, wanita berkenaan sanggup berbaring di atas kubur anaknya. Beliau nyata tidak boleh menerima hakikat bahawa anak kesayangannya itu telah tiada walaupun telah selamat dikebumikan pada isnin 1 April 2019 yang lalu.

Gambar : Tribunnews

Malah pada saat orang lain sudah meninggalkan kawasan perkuburan setelah selesai pengkebumian, si ibu masih setia menunggu di tepi ‘anaknya’ itu. Sehinggalah dijemput oleh pihak keluarga, barulah wanita terbabit pulang. Pihak keluarga juga telah melarang  wanita berkenaan tidur di kawasan anaknya disemadikan itu.

Sumber : Tribunnews

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.