Siakap Keli

Guna Modus Operandi Baru, Scammer Kini Buru Golongan Berjawatan Tinggi

Kes penipuan melibatkan mangsa di internet semakin berleluasa apabila sebelum ini mereka menyasarkan applikasi menjual barangan dalam talian sebagai medium ‘duit haram’.

Walau bagaimanapun, rata-rata suspek menggunakan modus operandi yang sama dimana mereka akan menghubungi melalui telefon atau mesej dan kemudian mereka-reka cerita berkaitan mangsa.

Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police sekali lagi berkongsi modus operandi gerakan scammer yang kali ini lebih tertumpu kepada golongan atasan.

BERHATI-HATI
jika anda menerima whatsapp atau apa-apa mesej daripada nombor yang tidak dikenali yang meminta anda untuk…

1) muat naik Aplikasi viber atau Telegram
2) memaklumkan bahawa gambar/nama digunakan.
3) memberitahu bahawa terdapat post yang akan menjatuhkan reputasi anda.

dan lain-lain yang suspicious. ABAIKAN! Ini adalah penipuan baru sindiket.

Setakat ini admin dimaklumkan bahawa mangsa terdiri daripada golongan-golongan berjawatan tinggi. Dan setakat ini belum ada lagi yang diperdaya kerana mereka telah mendapatkan pengesahan daripada pihak PDRM sebelum berurusan.

Maka, berhati-hatilah.

#beSmart
#PDRM
#CyberCrimeAlert

Nur Farra