Siakap Keli
Gambar Hiasan

Guru Poland Lancar Mogok Terbesar Dalam Sejarah Minta Kerajaan Naikkan Gaji

Guru-guru di seluruh Poland mengadakan mogok pada hari Isnin selepas kerajaan dan kesatuan gagal menyetujui kenaikan gaji yang dicadangkan, kata pemimpin kesatuan guru Poland (ZNP).

Perbincangan antara tiga guru kesatuan sekerja dan kerajaan berakhir pada petang Ahad dengan permintaan kenaikan gaji bulanan sebanyak 1,000 zlotys (RM1074).

Pekerja sektor awam di Poland memohon kenaikan gaji selepas kerajaan terkini berjanji akan meningkatkan pendapatan mereka sebagai sebahagian daripada janji semasa kempen pilihan raya.

“Hari ini, pada jam 0800, mogok terbesar dalam pendidikan berlaku sejak 1993,” kata pemimpin ZNP, Slawomir Broniarz kepada media.

“Kami bersedia untuk meyakinkan kerajaan bahawa mogok ini bukan sahaja demi ekonomi, tetapi mogok ini juga untuk mempertahankan kualiti pendidikan, yang telah rosak sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Broniarz.

Sumber: Euro News

Nur Farra