Siakap Keli
Gambar Hiasan

Positif Dadah, Anak Menteri Bakal Didakwa Di Mahkamah

Anak seorang menteri yang sebelum ini disiasat atas kesalahan dadah dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata arahan untuk menuduh suspek telah diterima selepas kertas siasatan bagi kes tersebut  dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

“Bagi kes anak menteri yang disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia.

“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April lepas.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi serta sebab keputusan ujian air kencing seorang anak menteri mengambil masa yang lama.

Berkaitan tempoh masa untuk menyiapkan laporan, kementerian itu berkata ia terletak bawah bidang kuasa Jabatan Patologi, Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu, ia difahamkan tempoh masa untuk penyediaan laporan pengesanan sampel air kencing bergantung kepada jenis dadah dan jumlah sampel yang diterima untuk dibuat analisis.

— BERNAMA

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di